Bantuan Khas Aidilfitri RM500 Dah Masuk Dalam Bank Akaun

Semakan Bantuan Khas Aidilfitri 2024. Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia telah umumkan bantuan kewangan khas untuk penjawat awam dan pesara di Malaysia.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak RM500 akan dibayar minggu ini khas kepada penjawat awam Gred 56 dan ke bawah.

Jangan lupa untuk semak PADU login dan STR Fasa 2.

Bantuan Khas Aidilfitri

Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dalam surat pekeliling semalam, memaklumkan BKKA 2024 akan dibayar kepada penjawat awam dan pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.

BKKA 2024 juga layak diterima oleh pegawai yang bercuti dengan gaji penuh, cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji serta pegawai yang dipinjamkan termasuk kepada agensi yang saraan diasingkan. BKKA ini dibayar oleh agensi yang menerima pinjaman pegawai.

Menurutnya, BKKA 2024 turut diberikan kepada pegawai lantikan MySTEP yang masih berkhidmat pada 5 April lalu dan dilantik sebelum 5 April.

Selain itu, guru interim, pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Utama B ke atas dan Gred Khas A dan ke atas yang berkelayakan, tetapi tidak dibekalkan pemandu oleh jabatan mereka. Dan pemandu kerajaan yang dilantik sendiri oleh anggota pentadbiran, hakim dan pesuruhjaya kehakiman juga layak terima bantuan ini.

Menurut pekeliling itu, bayaran BKKA 2024 bagi pesara kerajaan termasuk mereka yang bersara selepas mencapai umur persaraan atau bersara kerana kesihatan akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), manakala veteran berpencen dan tidak berpencen oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran. (JHEV).

“Veteran yang dilantik semula secara tetap, sementara dan dilantik COS serta masih berkhidmat pada 5 April ini, layak dibayar RM500 dengan RM250 dibayar kepada JPA atau JHEV dan baki RM250 dibayar kepada jabatan tempat pegawai itu berkhidmat,” katanya.

Bagaimanapun, bayaran BKKA 2024 tidak layak diberikan kepada pegawai dalam kumpulan pengurusan tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjam atau bertukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama atau Gred Khas.

Menurut pekeliling itu, pemberian BKKA 2024 dikecualikan daripada cukai pendapatan mengikut peruntukan di bawah subseksyen 127 (3A) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Senarai Penerima Bantuan Khas Aidilfitri

Berikut adalah penerima untuk bantuan kewangan khas Aidilfitri :

Bantuan BKKA RM500

  • Penjawat awam Gred 56 dan ke bawah
  • Pegawai lantikan MySTEP
  • Pegawai sambilan harian
  • Pegawai lantikan COS (Contract of Service)

Nota : Layak juga utnuk pegawai yang bercuti gaji penuh, separuh gaji dan tanpa gaji. Dan juga guru interim, pemandu kerajaan.

Bantuan BKKA RM250

  • Pesara kerajaan
  • Veteran berpencen dan tidak berpencen

Leave a Comment