Niat Puasa Ganti Rumi Dan Jawi – Qadha Ganti Puasa Ramadan

Niat puasa ganti ramadhan dan hukum. Bagi mereka yang ingin ganti puasa kerana tidak dapat berpuasa pada bulan Ramadan yang lepas atas alasan yang dibenarkan syarak seperti datang haid, nifas atau sakit, sila ikuti panduan di bawah.

Semoga panduan niat ganti puasa ini bermanfaat untuk anda.

Hukum Puasa Ganti

Hukum puasa ganti untuk puasa bulan Ramadhan adalah wajib dalam Islam bagi muslim yang tidak berpuasa di bulan Ramadan yang lepas.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 184 :

“(Puasa yang diwajibkan itu) merujuk beberapa hari yang tertentu. Lantaran itu, sesiapa antara kamu yang sakit dan dalam permusafiran (bolehlah dia berbuka), namun kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain.” 

Niat Puasa Ganti

Apakah lafaz niat puasa ganti? Berikut adalah lafaz niat untuk ganti puasa Ramadan (Qada’) mengikut daripada panduan MuftiWP :

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ لِلَّه تَعَالَى

Rumi : Nawaitu sawma ghadin an qadha’i fardhi ramadhana lillahi ta’ala

Maksud Bahasa Melayu : Sahaja aku berpuasa esok hari bagi qada (menggantikan) fardhu puasa Ramadhan kerana Allah SWT.

Niat ganti puasa ramadan

Hari Haram Puasa Ganti

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa hari di dalam Islam di mana umat Islam dilarang untuk berpuasa.

Berikut adalah hari diharamkan untuk puasa :

  • Hari Raya Aidilfitri 1 Syawal – Dilarang kerana hari raya Syawal adalah untuk merayakan kemenangan setelah berpuasa.
  • Hari Arafah (9 Zulhijjah) bagi orang yang berada di Padang Arafah untuk menunaikan haji.
  • Hari Tasryik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) – Dilarang kerana merupakan hari perayaan Aidiladha.

Gabungkan Puasa Ganti dengan Puasa 6 Syawal

Terdapat beberapa khilaf dan pendapat para ulama’ mengenai gabungkan puasa sunat 6 Syawal dan puasa ganti serentak. Namun, Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri meyimpulkan bahawa :

“Saya lebih cenderung dengan pendapat yang membolehkan puasa ganti Ramadan dengan puasa 6 Syawal ini kerana ianya merupakan jenis ibadah yang sama tetapi dengan 2 niat.”

Gabungkan beberapa niat dalam 1 puasa sunat hukumnya harus, terutamanya jika kebetulan perlaksanaan puasa itu pada hari dengan hari yang digalakkan puasa seperti puasa sunat hari isnin dan khamis, puasa enam syawal dan hari-hari putih.

Puasa ganti dan puasa 6 syawal gabung

Anda boleh rujuk niat puasa 6 Syawal di sini untuk ketahui cara dan hukum puasa tersebut.

Sumber : Mufti Wilayah Persekutuan

Leave a Comment