Bacaan surah yasin rumi, jawi dan terjemahannya yang mudah dibaca. Juga disediakan surah yassin al-Quran dalam bentuk pdf beserta dengan doa selepas baca yasin.
Kongsikan kepada jemaah-jemaah lain untuk baca surah yasin ini secara berjemaah. Semoga bermanfaat.
Surah Yasin Rumi, Jawi dan Terjemahan
Sumber : Slideshare.net
Doa Selepas Baca Yasin
Bacaan Berkaitan : Doa Dhuha
Surah Yassin PDF
Anda boleh download/ muat turun surah yasin rumi PDF oleh KDN (Kementerian Dalam Negeri) :
Klik Sini :Yasin PDF
Apakah Kelebihan Membaca Surah Yasin?
Membaca surah Yassin merupakan satu ibadah yang dapat pahala untuk sesiapa yang membacanya kerana surah ini merupakana salah satu surah dalam al-Quran.
Selepas meneliti hadis-hadis yang menyebut tentang kelebihan Surah Yasin, Mufti Wilayah Persekutuan cenderung untuk berpendapat bahawa kebanyakan hadis yang mengatakan tentang kelebihan Surah Yasin adalah lemah atau palsu. Walaupun begitu, kita sangat digalakkan dan diperintahkan untuk sentiasa membaca al-Quran tanpa mengira masa atau tempat, berdasarkan dalil umum yang terdapat dalam al-Quran dan juga dalam al-Sunnah al-Sahihah.
Penutupnya, semoga Allah SWT menjadikan kita orang yang mencintai al-Quran serta memberi kita pemahaman dalam agama ini dan melindungi lidah kita daripada membuat kesalahan dalam menyampaikan hadis Nabi SAW. Amin.
Sumber : MuftiWP
Pertanyaan
Boleh kah membaca surah Yasin dalam keadaan haid?
Merujuk kepada persoalan di atas, tidak dibolehkan untuk baca surah yassin ini dalam keadaan haid. Ianya adalah sama seperti anda tidak dibenarkan untuk menunaikan ibadah solat dan berpuasa ketika anda dalam keadaan haid.
Bacalah surah Yasin ketika anda dalam keadaan yang suci. Wallahu a’lam bissawab. Sekian, terima kasih.