Panduan dan cara solat dhuha dalam rumi, jawi dan Bahasa Melayu yang ringkas mengikut daripada panduan JAKIM.
Solat sunat dhuha (solat al-Awwabin) merupakan solat sunat yang disebut sebagai amalan pembuka rezeki, amat dituntut untuk dikerjakan oleh semua umat Islam.
Berikut kami kongsikan panduan cara solat dhuha dan juga doa dhuha lengkap untuk anda. Semoga bermanfaat.
Cara Solat Dhuha Ringkas
- Lafaz niat solat dhuha : “Sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakkat kerana Allah Taala.”
- Rakaat pertama : Baca al-Fatihah dan surah asy-Syams ataupun mana-mana surah pilihan.
- Rakaat kedia : Baca surah al-Fatihah dan surah al-Dhuha ataupun mana-mana surah pilihan.
- Tahiyat akhir dan beri salam.
Doa Selepas Solat
Selepas memberi salam solat sunat dhuha, berzikirlah dan beristighfar.
Berikut adalah beberapa doa waktu dhuha yang diajar oleh para ulama’ untuk diamalkan selepas solat dhuha.
Rumi :
Allahumma innaddhuhaa’a dhuhaa uka.
Walbahaa’a bahaa uka.
Waljamaala jamaaluka.
Walquwwata quwatuka.
Walqudrota qudrotuka.
Wal’ismata ‘ismatuka.
Allahumma inkaana rizqi fissamaa’i fa’anzilhu.
Wa’inkaana fil ardhi fa’akhrijhu.
Wa’in kaana mu’assaron fayassirhu.
Wa’in kaana harooman fathohhirhu.
Wa’inkaana ba’idan faqorribhu.
Bihaqqi dhuhaa ika wabahaa ika wajamaalika waquwwatika waqudrotika aatini maa ataita min ‘ibaadikassolihiin.
Maksudnya Bahasa Melayu :
“Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu Dhuha Mu. Kecantikannya kecantikan Mu. Keindahannya keindahan Mu. Kekuatannya kekuatan Mu. Kekuasaannya kekuasaan Mu. Perlindungannya perlindungan Mu.
Ya Allah, jika rezeki masih di langit, turunkanlah. Jika di bumi, keluarkanlah. Jika sukar, permudahkanlah. Jika haram, sucikanlah. Jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha. Kecantikan Mu, keindahan Mu. Kekuatan Mu, kekuasaan Mu. Limpahkan kepadaku segala Yang Engkau telah limpahkan Kepada hamba-hamba Mu yang soleh.”
Video Bacaan Doa Dhuha Dan Lirik
Untuk lebih mudah baca dan hafal doa ini, berikut adalah video doa solat dhuha dan lyrics daripada kumpulan nasyid UNIC.
Doa Solat Dhuha yang Lain
Menurut Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri :
“Tiada satu doa khusus yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW untuk solat Dhuha ini. Tetapi, terdapat beberapa doa yang mahsyur, yang diajarkan oleh para ulama’ untuk diamalkan selepas solat sunat Dhuha.
Antaranya ialah:
رَبِّي اغْفِرْلِي وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَابُ الرَّحِيْم، اَللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَصْبَحْتُ عَبْدَك وَعَهْدَك وَوَعْدَك أَنْتَ خَلَقْتَنِيْ وَلَمْ أَكُ شَيْئًا أَسْتَغْفِرُكَ لِذَنْبِيْ فَإِنَّهُ قَدْ أَرْهَقَتْنِيْ ذُنُوْبِي وَأَحَاطَتْ بِيْ إِلاَّ أَنْ تَغْفِرَهَا لِيْ فَاغْفِرْهَا يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Maksudnya : “Ya Tuhanku ampunkan dosaku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. Ya Allah bagi-Mu segala pujian, aku di waktu pagi sebagai hamba-Mu dan atas perjanjian dengan-Mu dan apa yang Kamu janjikan, Kamu menciptakanku dan tiadalah aku sesuatu, aku beristighfar kepada-Mu dari segala dosaku kerana sesungguhnya ia telah membelenggu dosa-dosaku dan meliputiku kecuali Engkau mengampuninya, maka ampunkanlahnya hai Tuhan yang bersifat Maha Rahmat dan Kasih Sayang.”
Sumber : FB Dr Zul