Panduan dan cara solat witir untuk 1 rakaat, 3 rakaat 1 salam beserta niat dan doa ringkas. Solat sunat witir ini dikerjakan sama seperti solat sunat lain, tapi bilangan rakaatnya adalah ganjil. Sama ada 1 rakaat, atau 3 rakaat, atau 5 rakaat.
Waktu Solat Witir
Waktu untuk mengerjakan solat sunat witir ialah sepanjang malaam, waktunya selepas menunaikan solat fardhu Isyak hingga menjelang sebelum masuk waktu solat fardhu Subuh.
Ianya bukan sekadar dikerjakan sepanjang bulan ramadhan selepas Solat Tarawih, malah boleh dilaksanakan pada setiap malam.
Hukum Solat Witir adalah sunat Muakkad (sunat yang digalakkan dalam Islam).
Niat Solat Witir 2 Rakaat
Jika anda ingin menunaikan niat solat witir 3 rakaat, solat tersebut perlu dilakukan dengan 3 rakaat dengan 2 salam. Bermaksud niat 2 rakaat dulu, kemudian niat witir 1 rakaat.
Maka perlu niat sebanyak 2 kali jika anda ingin buat 3 rakaat solat witir.
Berikut adalah lafaz niat witir untuk 1 rakaat :
أُصَلِّى سُنَّةَ الوِتْرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Rumi : Usolli Sunnatal Witri Rak’ataini Lillahi Ta’ala
Maksud : “Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat (makmum / mengikut imam) kerana Allah Taala.”
Niat Solat Witir 1 Rakaat
Berikut adalah lafaz niat witir untuk 1 rakaat :
أُصَلِّى سُنَّةَ الوِتْرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Rumi : Usolli Sunnatan Witrin rakaatan Lillahi Ta’ala
Maksud : “Sahaja aku solat sunat Witir 1 rakaat kerana Allah Taala.”
Cara Solat Witir
Ringkasan panduan dan cara solat sunat witir 3 rakaat yang mudah, dibuat dengan 3 rakaat (2 rakaat + 1 rakaat) dan 2 salam :
- Niat 2 rakaat pertama : “Sahaja aku sembahyang solat sunat witir 2 rakaat kerana Allah SWT”
- Takbiratul ihram
- Baca Surah Al-fatihah
- Kemudian baca Surah al-A’la (atau mana-mana surah pilihan) untuk rakaat pertama, Surah al-Kafirun (atau mana-mana surah pilihan) rakaat kedua.
- Selepas 2 rakaat, lakukan tahiyat akhir dan beri salam.
- Untuk rakaat ketiga, niat solat witir 1 rakaat : “Sahaja aku sembahyang sunat witir 1 rakaat kerana Allah SWT.”
- Rakaat ketiga pula, selepas al Fatihah, baca surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah an-Nas.
- Tahiyat akhir dan beri salam.
Nota : Pada malam ke16 Ramadhan hingga akhir bulan Ramadhan, disunatkan untuk baca doa Qunut pada rakaat yang terakhir.
Solat Witir Panduan Jakim (Bergambar)
Doa Sebelum & Selepas Solat Witir
Banyak pahala jika anda amalkan bacaan selawat dan doa.
Sumber : Mufti Selangor