PANDUAN JAKIM : Cara Solat Tarawih (Niat, Rakaat & Surah)

Solat tarawih – Berikut merupakan cara dan panduan untuk mengerjakan solat sunat terawih, bacaan surah, berapa rakaat yang perlu dikerjakan dan niat solat terawih mengikut panduan daripada JAKIM sendiri.

Anda juga boleh rujuk mengenai cara mandi wajib yang betul di sini.

Hukum Solat Tarawih

Solat sunat terawih adalah sunat Muakkad, iaitu yang sangat dituntut (dikerjakan) oleh orang-orang Islam, sama ada lelaki atau perempuan, pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan.

Solat ini boleh dilakukan secara individu (sendirian) mahupun secara berjemaah di masjid, surau, atau di rumah.

Niat Solat Tarawih

Niat Solat Terawih Sendiri

Niat Solat terawih sendiri

Maksud : Sahaja aku solat sunat terawih 2 rakaat kerana Allah Taala.

Niat Solat Terawih Berjemaah (Makmum)

Niat solat tarawih berjemaah

Maksud : Sahaja aku solat sunat terawih 2 rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.

Cara Solat Terawih

Berikut adalah ringkasan cara untuk mengerjakan solat sunat tarawih :

  • Solat Sunat Tarawih dimulakan dengan takbiratul ihram sambil membaca niat dalam hati, “Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Taala.”
  • Setelah itu, bacalah surah al-Fatihah sebagai rukun solat, diikuti dengan surah tambahan seperti at-Takatsur atau surah pilihan lain, kemudian lakukan rukuk dan sujud.
  • Untuk rakaat kedua, baca surah al-Fatihah, diikuti dengan surah al-Ikhlas atau surah pilihan lain, lalu rukuk dan sujud.
  • Selepas menamatkan dua rakaat, lakukan tahiyyat akhir dan akhiri solat dengan salam.

Langkah-langkah ini diulangi untuk setiap dua rakaat berikutnya, dan anda bebas memilih surah yang akan dibaca setelah al-Fatihah pada setiap rakaat.

Cara solat terawih

Bacaan Surah

Anda boleh sahaja baca apa-apa surah yang dihafal. Tapi pada malam 1 hingga 15 Ramadhan anda boleh baca surah-surah tertentu pada rakaat pertana ikut susunan berikut :

  • Surah Al-Takathur
  • Surah Al-Asr
  • Surah Al-Humazah
  • Surah Al-Fil
  • Surah Quraisy
  • Surah Al-Ma’un
  • Surah Al-Kautsar
  • Surah Al-Kafi run
  • Surah An-Nasr
  • Surah Al-Masad

Rukun Solat Sunat Tarawih

Rukun solat Sunat Tarawih sama seperti rukun solat fardu atau solat sunat yang lain, tanpa ada bacaan tambahan di antara solat tersebut.

Walaubagaimanapun, bacaan tambahan ini memberikan peluang untuk memperbanyakkan zikir, tasbih, selawat, dan doa dalam bulan Ramadan yang mulia.

Bilangan Rakaat Terawih

Bilangan rakaat Solat Tarawih boleh dilakukan dalam jumlah 8 atau 20 rakaat, dipecahkan secara 2 rakaat — 2 rakaat, dan seterusnya hingga mencukupi 8 atau 20 rakaat.

Rasulullah SAW biasanya melaksanakan 11 rakaat Solat Sunat Tarawih, terdiri daripada 8 rakaat Solat Terawih dan 3 rakaat Solat Sunat Witir. Kebanyakan umat Islam di Malaysia memilih jumlah ini.

Jika seseorang tidak mampu melakukan 20 rakaat disebabkan ada kerja lain atau tidak sihat, mencukupi dengan 8 rakaat. Setelah itu, Solat Sunat Terawih diakhiri dengan pelaksanaan Solat Witir.

Info Lanjut

Untuk kemudahan anda, sila rujuk panduan Solat Terawih oleh JAKIM di lama web berikut islam.gov.my

Leave a Comment