Nak Teka teki lawak, lucu, teka teki susah, teka-teki bodoh yang tak masuk akal, teka teki kanak-kanak? Jom tengok koleksi teka teki lawak hambar yang anda boleh main bersama keluarga, rakan-rakan dan kawan pejabat anda.
Koleksi Teka Teki
Teka-teki ialah pertanyaan atau pernyataan yang diberikan dengan cara samar-samar atau rumit, yang memerlukan penyelesaian atau jawapan yang perlu diteka atau disimpulkan. Ia merupakan cabaran yang menarik dan boleh memberi hiburan kepada ahli keluarga, kekasih, atau sahabat kita semasa masa lapang.
Berikut adalah beberapa teka-teki yang lucu dan menarik yang boleh kita kongsi bersama mereka untuk menjadikan suasana lebih ceria dan menyeronokkan.
Rujukan : Dewan Bahasa dan Pustaka
Teka Teki Lawak, Lucu, Bodoh, Susah
Soalan 1 :
Dalam banyak-banyak nasi, nasi apa yang boleh bergerak sendiri?
Jawapan 1 :Nasi Goreng Pattaya. Sebab dia ada empat tayar.
Soalan 2 :
Ikan apa yang bila kita lihat dia akan berhenti?
Jawapan 2 : Ikan Paus (pause)
Soalan 3 :
Sate apa yang paling panas?
Jawapan 3 : Saterika
Soalan 4 :
Api apa yang tak panas bila pegang?
Jawapan 4 : Bil Api
Soalan 5 :
Mi apa yang boleh makan dengan ais?
Jawapan 5 : Milo ais
Soalan 6 :
Katak diterbalikkan dia akan jadi katak. Kopi kalau terbalik jadi apa?
Jawapan 6 : Tumpah la
Soalan 7 :
Perkataan apa yang dieja salah dalam kamus dewan?
Jawapan 7 : SALAH
Soalan 8 :
Kenapa Dinasour tak boleh nak tepuk tangan?
Jawapan 8 : Sebab Dinasour dah pupus.
Soalan 9 :
Mana yang paling tua? Kereta ke motor?
Jawapan 9 : Motor, sebab dia pakai tongkat.
Soalan 10 :
Macam mana nak lembutkan lembu yang sedang mengamuk?
Jawapan 10 : Tambah huruf t pada perkataan lembu, jadi lembut.
Soalan 11 :
Sotong kalau dibelah dua dia jadi apa?
Jawapan 11 : Sotongah
Soalan 12 :
Kenapa anak babi selalu jalan tunduk?
Jawapan 12 : Sebab dia malu mak dia babi
Soalan 13 :
Dalam pertandingan lumba, kau dah potong pelari di tempat ke-2. Jadi, kau nombor berapa sekarang?
Jawapan 13 : Nombor 2
Soalan 14 :
Kenapa keyboard asyik stress?
Jawapan 14 : Sebab dia asyik ditekan-tekan.
Soalan 15 :
Tukang apa yang kalau dipanggil dia akan tengok atas?
Jawapan 15 : Tukang gali kubur
Soalan 16 :
Kenapa biri-biri kena jalan lambat?
Jawapan 16 : Kalau kalan cepat dia akan jadi terburu-buru.
Soalan 17 :
Binatang apa yang paling tua?
Jawapan 17 : Kambing, sebab dia ada janggut.
Soalan 18 :
Haiwan apa yang perut dia kat kepala, mata dia kat kepala, kaki dia pun kat kepala
Jawapan 18 : Kutu, sebab kutu memang duduk kat kepala orang.
Soalan 19 :
Rumah siapa yang paling banyak guna air?
Jawapan 19 : Rumah terbakar panggil bomba
Soalan 20 :
Ulat bulu kalau dia nak lalu kat kawasan orang dia akan cakap apa?
Jawapan 20 : Ketepilah (Caterpillar)
Soalan 21 :
Sekolah apa yang murid dia takde, cikgu dia pun takde?
Jawapan 21 : Cuti Sekolah
Soalan 22 :
Ada kepada tapi bukan manusia, ada ekor tapi bukan binatang, Siapa saya?
Jawapan 22 : Taugeh
Soalan 23 :
Ikan apa yang ada banyak gila mata?
Jawapan 23 : Ikan bilis 1 kilo
Soalan 24 :
Ikan apa yang jantina dia betina?
Jawapan 24 : Ikan patin (fatin)
Soalan 25 :
Ikan apa yang jantina dia maknyah?
Jawapan 25 : Ikan patin bakar
Soalan 26 :
Haiwan apa yang ejaan dia 2 huruf je?
Jawapan 26 : Udang, sebab U dan G.
Soalan 27 :
Dalam banyak-banyak duri, duri apa yang sedap di makan selain durian?
Jawapan 27 : Kenduri
Soalan 28 :
Langkah apa yang patut diambil apabila dikejar lembu mengamuk?
Jawapan 28 : Langkah besar
Soalan 29 :
Sungai apa yang paling tajam?
Jawapan 29 : Sungai lembing
Soalan 30 :
Gunung apa yang suka berehat?
Jawapan 30 : Gunung everest (eve-rest)
Teka-teki lain
Nak teka-teki lain? Nantikan. Kami akan update tekateki paling terkini dalam artikel ini.
Baca juga artikel Bantuan Kanak-kanak di sini.