Cara tukar Duit Raya di mesin ATM atau di bank 2024 Maybank, CIMB, Affin, Ambank dan banyak lagi. Tak perlu beratur panjang-panjang untuk tukar duit raya RM1, RM5 dan RM10 di bank, boleh je pergi mesin ATM yang berdekatan untuk tukar.
Baca juga : Login Padu untuk dapatkan bantuan kerajaan
Tempat Tukar Duit Raya
Untuk tahun 2024, antara bank yang menyediakan perkhidmatan pertukaran duit adalah seperti Maybank, Affin bank, Ambank dan banyak lagi.
a. Maybank
Cara tukar duit RM1 di Maybank ATM :
- Pergi ke cawangan Maybank terdekat, untuk beberapa cawangan terpilih sahaja.
- Pilih mesin ATM yang ada gambar ‘Dapatkan Wang Kertas RM10 di Mesin Ini’
- Klik ‘Pengeluaran’ dan pilih amaun
- Maksimum pengeluaran adalah RM300 sahaja.
- Kalau nak sampul raya, boleh minta di kaunter hadapan.
Senarai ATM Tukar Duit Raya Maybank
Layari Maybank2u untuk maklumat lanjut.
b. Affin Bank
Untuk tukar duit raya RM10 & RM50, berikut adalah lokasi 109 cawangan yang anda boleh keluarkan duit raya di ATM tersebut :
c. Ambank
Tukar duit raya Ambank RM10 di lokasi ATM Ambank berikut :
d. CIMB
Untuk CIMB pula, hanya duit raya RM10 sahaja yang disediakan. Berikut adalah senarai ATM CIMB duit raya :
Penukaran wang raya RM10 ini bermula pada 4 April hingga 10 April 2024. Harap maklum.
Sumber : CIMB
Untuk bank-bank lain, artikel ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Semoga bermanfaat.