Cara Solat Tahajud yang betul dan ringkas. Maksud solat tahajjud ialah solat sunat yang dikerjakan waktu malam selepas terbangun dari tidur.
Bila waktu solat tahajud? Waktu sesuai untuk dirikan solat sunat ini ialah selepas isyak, sebaiknya pada satu pertiga malam sekitar 3.00 pagi sehingga menginjak subuh.
Nak tahu panduan untuk solat terawih? Boleh tengok cara solat ringkas di sini.
Kelebihan Solat Tahajud
Solat tahajud untuk apa? Tujuan solat tahajud adalah sebagi tanda penghambaan kepada Allah SWT dan bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Ada banyak kelebihan solat tahajjud, antaranya :
- Dipermudahkan segala urusan
- Diampunkan dosa
- Dilimpahkan rezeki
- Meningkatkan keimanan dan pembangunan jati diri
- Berkat waktu dan jiwa
- dan banyak lagi
Cara Solat Sunat Tahajjud
Berikut merupakan cara solat tahajud untuk perempuan dan lelaki, sebelum itu dimulakan dengan niat solat sunat.
Niat Solat Tahajud
Maksud : Sahaja aku solat tahajud 2 rakaat kerana Allah Taala
Cara Mengerjakan Solat Tahajud
- Angkat takbir sambil niat tahajud
- Baca Surah Al-Fatihah, baca surah lazim
- Rukuk, sujud 2 kali dan bangun dengan menjaga tuma’ninah
- Rakaat kedua baca Al-Fatihah dan surah lazim
- Rukuk, sujud dan tahhiyyat akhir
- Beri salam
- Sempurnakan solat dengan bacaan wirid dan doa tahajud
Doa Solat Tahajud
Hukum baca zikir dan wirid selepas solat tahajjud adalah Harus.
Berikut adalah doa selepas solat tahajud dalam bahasa jawi dan rumi mengikut panduan JAKIM :
Bacaan Rumi untuk Doa Pertama :
Allahumma lakalhamdu anta nuurussamaa waa tiwal ardh waman fii hinna, Wa lakal hamdu anta qayyimus samaawaati wal ardhi wa man fii hinna, Wa lakal hamdu anta rabbu samaawaati wal ardhi wa man fii hinna, Antal haqq, Wa wa’dukal haqq, Wa qauluka haq, Wa liqaa’uka haq, Wal jannatu haq. Wan naaru haq, Was saa’atu haq.
Bacaan Rumi untuk Doa Kedua
Allahumma laka aslamtu, Wa bika amantu, Wa ‘alaika tawakkaltu, Wa ilaika anabtu, Wa bika khoshomtu, Wa ilaika haakamtu fagh-firlii maa qaddamtu wa maa akhkhartu, Wa maa asrortu wa maa a’lamtu, Antal muqaddimu wa antal muakhiru. La ilaaha illa anta.
Rakaat Solat
Solat sunat tahajjud tiada had rakaatnya. Ianya mengikut kemampuan dan kesanggupan anda. Dengan setiap 2 rakaat 1 salam.
Rasulullah SAW telah bersabda: “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.” (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)
Akhir Kata
Solat tahajud menjadi istimewa apabila dilakukan dengan niat tulus, dijadikan rutin dan istiqamah dalam pelaksanaannya.
Keistimewaan solat tahajud diperuntukkan kepada mereka yang mahu dan mampu menjalankannya dengan penuh keikhlasan.
Mari kita bersama-sama meningkatkan amalan solat tahajud kita, yakin bahawa dengan khusyuk yang kita bawa, Allah akan memperkenankan segala permohonan kita.