JAKIM : Bacaan Doa Qunut Dalam Solat Subuh – Rumi Dan Jawi

Bacaan Doa Qunut Rumi, Jawi dan Maksud. Hukum bacaan doa qunut pendek dan panjang untuk makmum dan juga imam, sila rujuk panduan doa qunut lengkap di bawah.

Semoga bermanfaat.

Apa Itu Doa Qunut

Qunut dari segi istilah bermaksud berdoa semasa berdiri dalam solat. Ianya terbahagi kepada 3 bahagian iatu doa, zikir dan selawat.

Doa Qunut bermula dengan bacaan doa dari “اللهم اهدنا فيمن هديت” sehingga “وقنا شرما قضيت,” yang dibaca kuat dan jelas kerana ianya dalam bentuk doa.

Dalam konteks doa, Imam membacanya dan makmum mengaminkannya. Bahagian kedua dimulai dari “فإنك تقضي ولا يقضى عليك” hingga akhir, dibaca perlahan kerana ia merupakan bacaan zikir.

Jika solat berjemaah dengan Imam, disarankan untuk membaca zikir ini bersama-sama secara perlahan. Ada sebahagian Imam yang membaca kembali dengan kuat dan jelas pada bahagian ketiga iaitu bacaan selawat, sebagai isyarat kepada makmum bahawa bacaan doa dan zikir telah selesai dan sudah tiba masanya untuk sujud.

Doa Qunut Rumi & Jawi

Pada rakaat kedua solat subuh, iaitu sebelum sujud. Berdiri dengan lurus dan angkat kedua-dua tangan dan berdoa bacaan qunut.

Berikut adalah bacaan doa qunut pendek rumi yang betul :

bacaan doa qunut rumi dan jawi

Sumber : JAKIM

Bacaan Rumi, Jawi & Maksudnya :

اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيْمَنْ هَدَيْتَ
Allahhumma dinii fiiman hadait
Ya Allah tunjukkanlah kami sebagaimana orang yang Engkau berikan petunjuk

وَعَافِنِي فِيمَنْ عَافَيْتَ
Wa’aa finii fiiman ‘aafait
Dan sejahterakanlah kami sebagaimana orang yang Engkau sejahterakan

وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ
Watawallanii fiiman tawal-laiit
Pimpinlah kami sebagaimana orang yang telah Engkau pimpin

وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَ
Wabaariklii fiimaa a’thait
Dan berkatilah hendaknya untuk kami apa-apa yang telah Engkau berikan kepadaku

وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ
Waqinii syarramaa qadhait
Jauhkanlah dari kami sebarang kejahatan / takdir buruk yang Engkau tentukan (untuk hari ini).

إِنَّكَ تَقْضِي وَلَا يُقْضَى عَلَيْكَ،
Innaka taqdhii walaa yuqdha ‘alaik
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan dan tidak sesiapa pun yang berkausa menetapkan sesuatu selain dariapda Engkau

وَإِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ،
Wainnahu laayadzilu man walait
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu

وَلَا يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ،
Walaa ya’izzu man ‘aadait
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi

تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ
Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait
Telah memberi berkat Engkau, oh Tuhan,

فَلَكَ الْحَمْدٌ عَلى ما قَضَيتَ
Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait
Dan Maha Tinggi Engkau, Maka bagi Engkaulah segala pujian terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.

وَأَسْتَغْفِرُكَ وَأََتُوبُ إِلَيْكَ
Waastaghfiruka wa’atuubu ilaik
Aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau

وَصلَّى اللهُ عَلىَ سَيًّدًنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الأُمِّيِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ
Wasallallahu ‘ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi Wa’alaa aalihi washahbihi Wasallam
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabatnya

Hukum Bacaan Doa Qunut

Pendapat Imam Syafi’e : Bacaan Doa Qunut di dalam Solat Fardhu Subuh adalah sunat muakkad (sunat yang dituntut).

Jika anda terlupa atau teringgal bacaan doa qunut ini, anda disunatkan untuk membuat sujud sahwi. Namun, solat subuh anda tetap SAH walaupun tidak melakukan sujud sahwi.

Ada 3 jenis qunut dalam solat iaitu doa qunut dalam solat subuh, qunut Nazilah dan qunut dalam solat witir Ramadan.

Leave a Comment