LOGIN – HRMIS 2.0 Mobile

HMRIS 2.0 Login Page KPM. Portal HRMIS 2 (Human Resources Managemenet Information System) sistem pengurusan sumber manusia di peringkat agensi kerajaan seperti mohon cuti, login, eoperasi, penyata gaji dan banyak lagi di www hrmis2 eghrmis gov my online.

Untuk penjawat awam di setiap jabatan, jangan lupa untuk daftar PADU, sistem terbaru kerajaan.

HRMIS 2.0

Apa itu HRMIS? HRMIS ini adalah sistem untuk pengurusan sumber manusia di pelbagai agensi dan organisasi di Malaysia seperti PDRM, KKM, KPM dan banyak lagi.

Untuk pengetahuan anda, HRMIS Klasik telahpun ditamatkan operasi. Penjawat awam kini perlu login di HRMIS 2.0 sepenuhnya.

HRMIS 2.0 Login

Bagi penjawat awam yang ingin login, anda akan diberikan ID anda sendiri oleh Pentadbir HRMIS di jabatan masing-masing.

Cara untuk login HRMIS 2.0 untuk buat semakan, permohonan dan kemaskini adalah seperti berikut :

  1. Sila login di pautan rasmi HRMIS : https://hrmis2.eghrmis.gov.my/
  2. Isi ID Pengguna
  3. Isi Kata Laluan/ Password
  4. Semak senarai menu, submodul, peti pesanan dalam sistem tersebut

Login hrmis

Kerajaan sarankan penjawat awam untuk muat turun dan pasang aplikasi HRMIS 2.0 mobile di telefon anda, download di sini :

Kemaskini HRMIS 2 dan Semakan Data

Semua penjawat awam perlu kemaskini data dalam HRMIS, berikut adalah data penting yang anda perlu semak :

  • Kelulusan cuti/ sokongan cuti
  • Istihar harta
  • Pengesahan SKT/ Pengisian SKT
  • Maklumat peribadi
  • Semakan dan pengesahan tuntutan perjalanan

Mohon Cuti Secara Online

Langkah 1 : Login HRMIS dan masukkan ID & Kata Laluan

Langkah 2  : Tekan bahagian Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran. tekan Pengurusan Cuti dalam bahagian tersebut

hrmis cara mohon cuti online

Langkah 3 : Pergi ke Fungsi, dan klik Permohonan Cuti dan kemudian Pemohon Cuti

Langkah 4 : Pilih Jenis Cuti & Kategori Cuti

hrmis permohonan cuti login

Langkah 5 : Isi maklumat tarikh cuti dan alasan memohon cuti

Tukar Kata Laluan HRMIS2.0

Semua pengguna HRMIS2.0 diminta untuk tukar kata laluan masing-masing sebagai langkah pencegahan keselamatan siber.

Login dan tekan di Lupa Kata Laluan, tukar password anda ikut standard Polisi Keselamatan Siber (PKS) :

  • Ada huruf & nombor
  • Ada aksara khas seperti @, &, *
  • Sekurang-kurangnya 12 aksara
  • Ada huruf kecil dan huruf besar

Info Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan sistem HRMIS 2 0 ini, sila hubungi atau e-mel di talian berikut :

  • Telefon : 03-8321 1400
  • E-mel : hrmis_helpdesk@jpa.gov.my
  • Alamat : Aras 3 – 6, Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 W.P Putrajaya

Leave a Comment