Bantuan Bujang 2024. Kerajaan Malaysia telah menyediakan banyak bantuan khas untuk bujang terbaru seperti bantuan bujang STR, STR Bujang b40 dan banyak lagi.
Kerajaan Madani turut memberikan perhatian kepada golongan bujang dengan menyediakan pelbagai bantuan pada tahun 2024, bertujuan untuk meringankan beban kos sara hidup mereka, sama ada di bandar atau luar bandar.
Anda belum daftar PADU? Sila daftar sekarang kerana anda bakal menerima bantuan dan subsidi bersasar tidak lama lagi.
Untuk melihat senarai penuh penerima bantuan bujang serta arahan lanjut, sila ikuti pautan ini.
Senarai Bantuan Bujang 2024
Berikut ialah senarai kategori bantuan bujang kerajaan untuk 2024:
- STR Sumbangan Tunai Rahmah
- Sumbangkan Asas Rahmah (SARA).
- Skim Perubatan Madani (SPM).
- MyLesen (Lesen Memandu Percuma).
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan orang bujang menerima bantuan adalah seperti berikut:
- kerakyatan Malaysia;
- Bujang/duda/balu tiada anak;
- 21 hingga 59 tahun;
- Orang bujang berumur 19 tahun ke atas (orang kurang upaya);
- Pendapatan bulanan kurang daripada RM2,500;
- Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa; dan
- Tersenarai sebagai penerima eKasih miskin tegar dalam rekod data eKasih Unit Penyelarasan Pelaksanaan Pejabat Perdana Menteri (ICU, JPM).
Kadar Bantuan B40 Bujang
Kadar untuk setiap jenis bantuan berbeza-beza dan adalah seperti berikut:
Setiap bantuan di atas mempunyai web rasmi yang berbeza untuk permohonan dan semakan.
STR Bujang 2024:
Semakan sumbangan tunai untuk STR Bujang Sumbangan Tunai Rahmah 2024 boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:
- Layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Kemudian, masukkan nombor Mykad pemohon
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Jika Frasa Keselamatan Pemohon yang dipaparkan adalah betul, tekan [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA):
Cara Semak Status MySara Bujang Sumbangan Asas Rahmah adalah seperti berikut :
- Buka pautan ini https://www.mykasih.com.my/
- Pada laman utama MyKasih, sila klik [Semak Status].
- Anda akan dibawa ke bahagian “Semak Status”.
- Masukkan nombor Mykad
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai
Skim Perubatan Rakyat (SPM):
Cara semak status Skim Perubatan Perubatan Madani adalah seperti berikut:
- Sila buka pautan https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/
- Masukkan nombor MyKad
- Semak [Saya bukan robot].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
Info Lanjut
Semoga permohonan dan semakan bantuan 2024 bujang anda berjalan dengan lancar. Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian hotline Kementerian Kewangan di https://www.mof.gov.my/portal/ms/hubungi