Panduan Doa Qunut Nazilah. Jom sama-sama kita bacakan doa qunut nazilah untuk Palestin di setiap rakaat terakhir kita.
Apa itu Qunut Nazilah? Maksud qunut nazilah ini dikerjakan setiap ka;i ada peristiwa tertentu atau musibah khusus yang menimpa umat Islam. Doa ini untuk kita dilindungi Allah SWT daripada bahaya bencana bala.
Panduan bacaan tahiyat akhir.
Cara Berdoa Qunut Nazilah
Dibaca selepas iktidal iaitu pada rakaat terakhir. Sunat angkat kedua tangan dan baca doa qunut nazilah.
Menurut ulama, tiada doa khusus yang perlu dibaca dalam doa Qunut Nazilah. Disarankan untuk baca apa sahaja yang bersesuaian dengan musibah yang berlaku waktu itu.
Sumber : FB Ustazah Nurul Anis
Doa Qunut Nazilah
Berikut adalah bacaan doa qunut nazilah versi rumu dan jawi. Beserta dengan maksud doa dalam bahasa melayu :
Sumber : FB Fateh Team
Doa Qunut Nazilah Rumi
Allahumma ‘Inna Naj-‘Aluka Fi Nuhuri ‘A‘-Da ‘Inna‚
Ya Allah, kami letakkan Kamu di batang leher musuh-musuh kami
Wa Na-‘Uzu-Bika Min Syuru-Rihim,
dan kami berlindung denganmu dari kejahatan mereka
Allahumma Baddid Syam-Lahum
Ya Allah hancurkan kumpulan mereka
Wa Farriq Jam-‘Ahum‚
Ya Allah pecahkan pakatan mereka,
Wa Syattit Kalimata-Hum,
Ya Allah leburkan pendirian mereka
Wa Zal-Zil ‘Aqda-Mahum,
Ya Allah musnahkan langkah mereka
Wa Sallit ‘Alayhim Kalban Min Kilabik‚
Cengkamkan anjing-anjingmu kepada mereka
Ya Qahha‚ Ya Jabbar‚ Ya Muntaqimu
Ya Allah yang Maha Memaksa,
Ya Allah yang Maha Perkasa,
Ya Allah yang Maha Membalas
Ya Allahu‚ Ya Allahu‚ Ya Allah‚
Ya Allahu, Ya Allahu, Ya Allah
Allahumma Ya Mun-Zilal-Kitab‚
Yang turunkan kitab
Ya Mujriyas-Sahab‚
Yang gerakkan awan
Ya Hazimal Ahzab
Yang tewaskan tentera Ahzab
Ihzim-Hum, Ihzim-Hum,Ihzim-Hum, Wan-Surna ‘Alayhim
Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka dan kemenangan untuk kami
Doa Qunut Nazilah Untuk Palestin
Sumber diambil daripada mufti Wilayah Persekutuan :
Download/ muat turun PDF doa meminta keamanan di Gaza, Palestin : Download Sini
Lagu doa qunut nazilah UNIC :
Marilah kita bersama-sama berdoa untuk saudara-saudara kita di Palestin yang sedang berjuang gigih, mempertahankan Tanah Air mereka, Bumi Al-Aqsa.
Semoga kemenangan menyertai pejuang-pejuang Palestin, dan hak milik umat Islam dikembalikan dengan gemilang.
Semoga segala penderitaan mereka berakhir, dan saudara-saudara kita di bumi Palestin dapat menikmati kedamaian serta kebahagiaan yang mereka idamkan.
Mari kita terus berdoa agar mereka diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi cabaran, serta agar perdamaian segera menyelubungi tanah suci Palestin.