Kadar Zakat Fitrah Setiap Negeri 2024 – Hukum Dan Niat

Kadar kiraan Zakat Fitrah Online 2024. Zakat fitrah Selangor, Johor, Sabah, Kedah, Pahang, Perak, Sarawak dan semua negeri di Malaysia.

zakat fitrah ramadan

Kadar Zakat Fitrah

Kiraan zakat fitrah ialah 1 gantang Baghdad bersamaan dengan 2.70 kg beras atau sama nilai dengannya.

Kadar dan kiraan ini adalah ditentukan berdasarkan Pihak Berkuasa Agama Negeri masing-masing.

Baca Juga : Cara Solat Jamak & Qasar bagi mereka yang bermusafir

Kadar Zakat Fitrah Negeri

Kadar dan kiraan zakat fitrah untuk negeri Selangor, Johor, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Wilayah Persekutuan.

kadar zakat fitrah selangor

Niat Zakat Fitrah

Untuk Diri Sendiri : Lafaz dan niat zakat fitrah untuk diri sendiri –

ﻧَﻮَﻳْﺖُ أَﻥْ أُﺧْﺮِﺝَ ﺯَﻛَﺎﺓَ ﺍﻟْﻔِﻄْﺮِ ﻋَﻦْ ﻧَﻔْسيْ ﻓَﺮْﺿًﺎ ﻟﻠﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ

Jawi : Nawaytu an ukhrija zakaata al-fitri ‘an nafsi fardhan lillahi ta’ala

Maksud : “Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk diriku sendiri fardhu kerana Allah Taala.”

Untuk Diri Sendiri & Ahli Keluarga Tanggungan :

ﻧَﻮَﻳْﺖُ ﺃَﻥْ ﺃُﺧْﺮِﺝَ ﺯَﻛَﺎﺓَ ﺍﻟْﻔِﻄْﺮِ ﻋَنِّيْ ﻭَﻋَﻦْ ﺟَﻤِﻴْﻊِ ﻣَﺎ ﻳَﻠْﺰَﻣُنِيْ ﻧَﻔَﻘَﺎﺗُﻬُﻢْ ﺷَﺮْﻋًﺎ ﻓَﺮْﺿًﺎ ﻟﻠﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ

Rumi : Nawaytu an ukhrija zakaata al-fitri anni wa an jami’i ma yalzimuniy nafaqatuhum syar’an fardhan lillahi ta’ala

Maksud : “Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk diriku dan seluruh orang yang nafkahnya menjadi tanggunganku fardu kerana Allah Taala.”

Untuk Anak Perempuan : Lafaz zakat fitrah jika orang tua nya membayar untuk anak perempuannya –

ﻧَﻮَﻳْﺖُ ﺃَﻥْ ﺃُﺧْﺮِﺝَ ﺯَﻛَﺎﺓَ ﺍﻟْﻔِﻄْﺮِﻋَﻦْ ﺑِﻨْﺘِﻲْ … ﻓَﺮْﺿًﺎ ﻟﻠﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ

Rumi : Nawaytu an ukhrija zakaata al-fitri ‘an binti fardhan lillahi ta’ala

Maksud : “Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk anak perempuanku (sebutkan nama), fardhu kerana Allah Taala.”

Untuk Anak Lelaki : 

ﻧَﻮَﻳْﺖُ ﺃَﻥْ ﺃُﺧْﺮِﺝَ ﺯَﻛَﺎﺓَ ﺍﻟْﻔِﻄْﺮِ ﻋَﻦْ ﻭَﻟَﺪِﻱْ … ﻓَﺮْﺿًﺎ ﻟﻠﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ

Rumi : Nawaytu an ukhrija zakaata al-fitri ‘an waladi fardhan lillahi ta’ala

Maksud : “Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk anak laki-lakiku (sebutkan nama), fardhu kerana Allah Taala.”

Lafaz Niat Untuk Wakil : Lafaz niat untuk seluruh orang yang kita wakilkan adalah seperti berikut.

ﻧَﻮَﻳْﺖُ ﺃَﻥْ ﺃُﺧْﺮِﺝَ ﺯَﻛَﺎﺓَ ﺍﻟْﻔِﻄْﺮِ ﻋَﻦْ (..…) ﻓَﺮْﺿًﺎ ﻟﻠﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ

Rumi : Nawaytu an ukhrija zakaata al-fitri ‘an (……) fardhan lillahi ta’ala

Maksud : “Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk … (sebutkan nama spesifik), fardhu kerana Allah Taala.”

lafaz niat zakat fitrah

Sumber : Majlis Agama Islam Sabah

Waktu Bayar Zakat Fitrah

Waktu Wajib

  • Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan hingga terbit matahari pada 1 Syawal

Waktu Sunat

  • Sepanjang bulan Ramadan

Waktu Afdal

  • Sebelum solat hari raya

Waktu Makruh

  • Selepas solat sunat raya hingga terbenam matahari 1 syawal

Waktu Haram

  • Lepas terbenam matahari 1 syawal

Siapa Yang Wajib Bayar

Zakat Fitrah wajib ke atassetiap individu dalam kalangan lelaki, wanita, suami, isteri, yang tua, yang muda, hamba atau merdeka yang mempunyai lebihan perbelanjaan hingga hari raya.

Para fuqaha menetapkan bahawa zakat fitrah ini afdal ditunaikan ke atas orang yang wajib memberi nafkah seperti suami, bapa atau datuk yang membesarkan dan menjaga cucunya.

Untuk lebih mudah faham, orang yang bertanggungjawab menanggung perbelanjaan serta urusan beri nafkah keluarga yang perlu bayar zakat fitrah.

Nota : Anak perempuan yang bujang dianggap bawah tanggungan bapa. Jika anak perempuan tersebut mahu bayar zakat fitrahnya sendiri, maka dia perlu minta izin dari bapanya.

Hukum Zakat Fitrah

Hukum tidak membayar zakat fitrah adalah berdosa jika tidak melaksanakannya. Andai terlupa, maka berdosa dan perlu segera meminta keampunan kepada Allah SWT.

Sumber : Mufti Pulau Pinang

Leave a Comment