Sebagai langkah untuk memastikan rakyat terus mendapat bantuan yang sewajarnya, selain daripada Bantuan Tunai STR, bantuan tunai tambahan juga akan diberikan kepada penerima yang benar-benar layak bagi tahun 2024. Pembayaran bantuan tunai STR pada bulan September ini merupakan bayaran fasa ketiga (3), dan bantuan tambahan akan turut dibayar mengikut tarikh berikut:
Jenis Bantuan dan Tarikh Bayaran
- Bantuan STR: Bermula 29 Ogos 2024 hingga 20 September 2024
- Bantuan Tambahan STR: Bermula 01 September 2024
Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Tambahan STR September 2024
Berikut adalah jumlah bayaran bantuan tunai STR berserta tambahan STR mengikut kategori kelayakan bagi bulan September:
- Isi Rumah B40
- Tiada anak: RM150 + RM100 = RM250
- 1 – 2 anak: RM350 + RM100 = RM450
- 3 – 4 anak: RM500 + RM100 = RM600
- 5 anak ke atas: RM650 + RM100 = RM750
- Warga Emas
- RM150 + RM100 = RM250
- Bujang
- RM50 + RM50 = RM100
Cara Bayaran Bantuan Tunai Tambahan STR September 2024
Pembayaran bantuan tunai STR dan tambahan akan dibuat seperti berikut:
- Bayaran Bantuan Tunai STR:
- Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima/pasangan; atau
- Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional.
- Bayaran Bantuan Tunai Tambahan STR:
- Dikreditkan secara terus berdasarkan nombor kad pengenalan yang diaktifkan.
Rujuk juga : Bantuan MyKad RM350
Kriteria Kelayakan Penerima Bantuan Tunai Tambahan STR September 2024
Bantuan tunai tambahan STR adalah terhad kepada penerima yang menepati kriteria kelayakan berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 dalam kategori Isi Rumah, Bujang, atau Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar/Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
Cara Menyemak Status Bantuan Tunai Tambahan STR September 2024
Untuk menyemak status bantuan tunai tambahan STR bagi bulan September, ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari Portal Rasmi STR.
- Masukkan nombor kad pengenalan di ruangan [No MyKad].
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Klik pada butang [Semak].
- Jika frasa keselamatan yang dipaparkan betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Klik pada bahagian [Semakan Tambahan].
- Status bayaran tambahan akan dipaparkan.
Rujukan & Penafian
Maklumat yang dikongsikan di atas dirujuk daripada Portal Rasmi STR LHDNM. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila hubungi pihak berwajib seperti berikut:
- Hotline STR HASiL: 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel: str@mof.gov.my
Penafian: Maklumat ini dikongsikan untuk tujuan pengetahuan dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia.