Cara Solat Taubat Ringkas. Berikut adalah panduan dan niat solat sunat taubat nasuha rumi dan jawi, berserta dengan doa-doa selepas solat taubat yang ringkas dari JAKIM.
Hikmah Solat Taubat adalah untuk membersihkan dosa-dosa kita, meskipun dengan mengucap istighfar saja Allah SWT akan mengampuni dosa-dosa kita jika kita sungguh-sungguh bertaubat. Namun, melakukan Solat Sunat Taubat menunjukkan kesungguhan kita dalam bertaubat. Dengan sungguh-sungguh melakukan taubat nasuha dan Solat Sunat Taubat tahajud, insyaAllah segala dosa kita akan diampuni oleh Allah SWT.
Niat Solat Taubat
Mulakan solat sunat taubat anda dengan diri tegak dan takbiratul ihram dan berniat dalam hati :
Rumi : Usolli Sunnata Taubati Rak’ataini Lillahi Ta’ala
Maksud : “Sahaja aku menunaikan solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Taala”
Cara Solat Taubat
Berikut adalah cara dan tatacara solat sunat taubat paling mudah dan ringkas :
Rakaat Pertama :
- Selepas niat, baca Iftitah (sunat hai’ah – kalau ditinggalkan tak jadi apa-apa)
- baca surah al-Fatihah dan surah Lazim seperti surah al-falaq atau al-iklas)
- Rukuk, iktidal, sujud dua kali dan pastikan jada tuma’ninah dalam setiap gerakan.
Rakaat Kedua :
- Baca surah al Fatihah dan surah lazim yang lain.
- Rukuk, iktidal dan sujud.
- Tahiyyat akhir dan beri salam.
- Berdoa dan minta keampunan dari Allah SWT
Nota : Solat sunat taubat ini ditunaikan dengan rasa menyesal atas dosa-dosa yang telah dilakukan dan berniat untuk tidak ulangi perbuatan dosa-dosa tersebut.
Doa Selepas Solat Taubat
Selepas solat sunat, berdoa dengan khusyuk dan banyakkan istighfar untuk mohon keampunan dari Allah SWT.
Berikut adalah doa ringkas dari JAKIM :
Doa selepas solat sunat taubat ringkas lain :
Maksud : Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar. Dan tiada siapa yang akan ampuni dosa-dosaku melainkan Engkau. Maka ampunilah aku dengan keampunan yang besar daripada sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.
Apa Itu Solat Taubat Nasuha?
Taubat nasuha boleh dimaksudkan sebagai taubat yang seikhlas-ikhlasnya. Di mana anda menyesali dosa-dosa/ zina yang telah dilakukan, dan meminta ampun kepada Allah SWT, berazam untuk tidak ulangi dosa-dosa tersebut.
Waktu Solat Taubat
Solat sunat taubat ini boleh dikerjakan pada bila-bila masa sahaja apabila seseorang itu ingin bertaubat kepada Allah SWT dan menyesal dengan dosa-dosa.
Boleh juga dilakukan selepas tengah malam ketika Qiamullai kerana ianya lebih khusyuk.