Cara solat jamak dan qasar yang mudah. Niat, hukum dan syarat solat jamak maghrib dan isyak, jamak zohor dan asar, jamak takdim, jamak takhir diajar dalam artikel ini mengikut panduan JAKIM.
Apa itu jamak dan qasar? Solat jamak dan qasar merupakan keringanan yang diberi Allah SWT kepada orang musafir, jarak melebihi 2 marhalah.
2 marhalah berapa KM? Dua marhalah bermaksud 81km dan lebih.
Maksud jamak ialah menghimpunkan. Dalam solat, ianya bermaksud menghimpunkan 2 solat fardhu dengan mengerjakannya dalam satu waktu.
Maksud qasar pula ialah memendekkan. Dalam solat, ianya bermaksud memendekkan solat contohnya 4 rakaat dipendekkan jadi 2 rakaat.
Solat Jamak dan Qasar
Berikut adalah cara untuk solat jamak Maghrib dan Isyak, solat jamak zohor dan asar untuk jamak takdim dan juga jamak takhir.
Cara Solat Jamak Maghrib dan Isyak
Jamak Takdim Maghrib Dan Isyak
1. Jika masuk waktu maghrib ketika dalam perjalanan (musafir), ambil wuduk dan sedia untuk solat.
2. Niat Solat Jamak Takdim Maghrib :
Rumi : Usolli Fardol Maghribi Salasa Raka’atin Jam’a Takdiimin Lillahi Taala
Maksud : Sahaja aku solat fardu Maghrib, 3 rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.
3. Lakukan solat Maghrib 3 rakaat seperti biasa (maghrib tidak boleh qasar).
4. Habis tahiyat akhir dan salam, terus bangun untuk solat Isyak.
5. Niat Solat Jamak Takdim Isyak :
Rumi : Usolli Fardol Isya’i Qosron Rak’ataini Jam’a Takdiimin Lillahi Taala
Maksud : Sahaja aku solat fardu Isyak, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.
6. Lakukan solat Isyak sebanyak 2 rakaat.
Tidak perlu lakukan solat Isyak ketika waktu Isyak nanti.
Jamak Takhir Isyak Dan Maghrib
1. Ketika bermusafir dalam waktu Maghrib, maka berniatlah untuk lakukan solat Maghrib pada waktu Isyak nanti.
2. Niat : “Sahaja aku mengerjakan solat fardhu Maghrib Jamak Takhir pada waktu Isyak nanti.”
3. Jika tidak niat pada waktu maghrib, jamak tersebut tak sah kerana niat adalah syarat untuk jamak takhir.
4. Apabila dah masuk waktu Isyak dan bersedia untuk solat, mulakan dengan solat Isyak dulu baru solat Maghrib.
5. Berdiri dan lafazkan niat, Niat Solat Jamak Takhir Isyak :
Rumi : Usolli Fardol Isya’i Qosron Rak’ataini Jama’a Takhirin Lillahi Taala
Maksud : Sahaja aku solat fardu Isyak, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala.
6. Lakukan solat fardhu Isyak sebanyak 2 rakaat.
7. Selesai salam, terus bangun untuk solat Maghrib.
8. Niat Solat Jamak Takhir Maghrib :
Rumi : Usolli Fardol Maghribi Salasa Raka’atin Jam’a Takhirin Lillahi Taala
Maksud : Sahaja aku solat fardu Maghrib tiga rakaat jamak takhir kerana Allah Taala
9. Lakukan solat Maghrib sebanyak 3 rakaat.
Cara Solat Jamak Zohor dan Asar
Jamak Takdim Zohor Dan Asar
1. Jika masuk waktu zuhue ketika dalam perjalanan (musafir), ambil wuduk dan sedia untuk solat.
2. Niat Solat Jamak Takdim Zohor :
Rumi : Usolli Fardoz Zuhri Qosron Raka’ataini Jam’a Takdiimin Lillahi Taala
Maksud : Sahaja aku solat fardu Zohor, qasar 2 rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.
3. Lakukan solat Zuhur 2 rakaat.
4. Habis salam, terus bangun untuk solat Asar.
5. Niat Solat Jamak Takdim Asar :
Rumi : Usolli Fardol ‘Asri Qosron Rak’ataini Jam’a Takdiimin Lillahi Taala
Maksud : Sahaja aku solat fardu Asar, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.
6. Lakukan solat Asar sebanyak 2 rakaat.
Tidak perlu lakukan solat Asar ketika waktu Asar nanti.
Jamak Takhir Zohor Dan Asar
1. Ketika bermusafir dalam waktu Zohor, maka berniatlah untuk lakukan solat Zuhur pada waktu Asar nanti.
2. Niat : “Sahaja aku mengerjakan solat fardhu Zohor Jamak Takhir pada waktu Asar nanti.”
3. Jika tidak niat pada waktu Zohor, jamak tersebut tak sah kerana niat adalah syarat untuk jamak takhir.
4. Apabila dah masuk waktu Asar dan bersedia untuk solat, mulakan dengan solat Asar dulu baru solat Maghrib.
5. Berdiri dan lafazkan niat, Niat Solat Jamak Takhir Asar :
Rumi : Usolli Fardol ‘Asri Qosron Rak’ataini Jama’a Takhirin Lillahi Taala
Maksud : Sahaja aku solat fardu Asar, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala.
6. Lakukan solat fardhu Asar sebanyak 2 rakaat.
7. Selesai salam, terus bangun untuk solat Zohor.
8. Niat Solat Jamak Takhir Zohor :
Rumi : Usolli Fardoz Zuhri Qosron Rak’ataini Jam’a Takhirin Lillahi Taala
Maksud : Sahaja aku solat fardu Zohor, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala.
9. Lakukan solat Zuhur sebanyak 2 rakaat.
Syarat Solat Jamak dan Qasar
Syarat Solat Jamak
- Musafir, perjalanan melebihi 2 marhalah (81km) dan lebih.
- Mengetahui destinasi yang dituju.
- Tidak bertujuan maksiat.
Syarat Solat Qasar
- Solat fardhu yang diqasarkan wajib ke atas seseorang yang bermusafir dan mengerjakannya semasa bermusafir.
- Perjalanan telah melepasi sempadan qaryahnya
- Tidak menetap di tempat yang dituju melebihi 4 hari (tidak termasuk hari datang dan pulang)
- Tidak mengikut imam solat yang bermukim.
Sumber : Jakim & Akuislam
Semoga panduan ini bermanfaat untuk anda yang ingin bermusafir.