Cara Solat Aidilfitri 2024 – Niat dan Takbir Solat Sunat Hari Raya

Solat Aidilfitri 2024. Cara solat sunat hari raya secara sendirian atau berjemaah, rakaat, niat, takbir tasbih raya dan hukum solat sunat Aidilfitri ada dalam artikel ini.

Solat Sunat Aidilfitri

Maksud solat sunat aidilfitri ialah solat sunat dua rakaat yang didirikan pada 1 Syawal selepas terbit matahari sehingga matahari terbenam.

Solat ini digalakkan didirikan secara berjemaah menurut hadis riwayat Said al-Khudri. Namun, ianya tetap sah jika dilakukan secara sendirian.

Hukum Solat Aidilfitri

Adakah Solat Sunat Aidilfitri wajib? Menurut Mazhab Syafi’e & Maliki, hukum solat sunat hari raya adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut.

Rasulullah SAW melaksanakan solat ini dan tidak pernah meninggalkannya sehinggalah Baginda wafat.

Cara Solat Sunat Aidilfitri

Berikut adalah ringkasan panduan dan tata cara lakukan solat hari raya Aidilfitri :

  • Mulakan solat dengan takbiratul ihram sambil niat solat
  • Doa Iftitah (sunat dilakukan) selepas takbir
  • Lakukan takbir tambahan 7 kali diselangi bacaan tasbih 6 kali pada rakaat pertama
  • Selepas takbir ke 7, baca surah Al-Fatihah dan surah lazim
  • Rukuk, sujud 2 kali dan bangun untuk rakaat kedua
  • Lakukan takbir tambahan 5 kali diselangi dengan bacaan tasbih pada rakaat kedua
  • Baca surah al-Fatihah dan surah lazim
  • Rukuk, sujud, tahiyat akhir dan beri salam
  • Selepas selesai solat, dengar bacaan Khutbah Aidilfitri

Cara solat sunat aidilfitri

Niat Solat Aidilfitri

Mulakan solat sunat aidilfitri anda dengan lafaz niat. Berikut adalah niat untuk solat secara jemaah atau sendirian :

Niat Solat Aidilfitri Jemaah (Makmum)

أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Rumi : Usalli sunnatan liAidil Fitri rak’ataini makmuman lillahi ta’ala.

Maksud : Sahaja aku solat sunat Hari Raya Aidil Fitri 2 rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala

Niat Solat Aidilfitri Sendirian (Seorang)

Lafaz Tasbih (Takbir Aidilfitri)

Berapakah bilangan Takbir Solat Hari Raya? Selepas niat dan Doa iftitah (sunat), lakukan takbir tambahan sebanyak 7 kali diselangi dengan bacaan tasbih 6 kali pada rakaat pertama. Baca terus Surah al- Fatihah selepas takbir ke 7.

Pada rakaat kedua, takbir tambahan sebanyak 5 kali diselangi dengan bacaan tasbih.

Bacaan Tasbih :

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر

وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُـوَّةَ إِلاَّ بِالله

Rumi : Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallahu Wallahu Akbar Walaa Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim

Maksud : Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, dan tiada daya dan upaya serta kekuatan (bagi kita) melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

Takbir Raya Aidilfitri

Bagi menyambut kedatangan bulan Syawal, umat Islam digalakkan bertakbir di hari raya selepas terbenamnya matahari pada malam hari raya sehingga imam keluar untuk melaksanakan solat hari raya.

Berikut adalah takbir hari raya Aidilfitri yang disebutkan oleh Imam Al Nawawi, sumber JAKIM :

اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَر

اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا

وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا

وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إلَّا إيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ

وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعَدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ

لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُti

Takbir hari raya aidilfitri

Sumber FB JAKIM

Leave a Comment