Semakan STR Fasa 2 tahun 2024 online boleh dibuat sekarang. STR login permohonan dan tarikh semakan Sumbangan Tunai Rahmah untuk kategori bujang dan isi rumah b40 dan m40.
MySTR 2024
Untuk pengetahuan anda, lebih ramai penerima akan dapat manfaat STR 2024. Kemas kini dan permohonan baru yang boleh dibuat sepanjang tahun.
Pembayaran untuk kategori kelayakan masing-masing bagi fasa 2 STR 2024 & kadar bayaran adalah seperti berikut :
Semakan STR Fasa 2
Semakan status STR bagi fasa 2 boleh dibuat di portal rasmi MySTR login, berikut adalah caranya :
- Pergi ke portal semakan STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Login dengan isikan nombor MyKad & Kata Laluan (password) yang ditetapkan
- Klik “Semakan Permohonan“
- Status kelayakan anda akan dipaparkan seperti di bawah
STR Fasa 2 Dah Masuk
Tarikh rasmi pembayaran untuk STR fasa 2 telah pun diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pembayaran akan dilaksanakan bermula 3 April 2024 (Rabu) dan akan dibayar secara berperingkat.
Berikut adalah bukti pembayaran bagi mereka yang dah masuk. Kebanyakkannya adalah daripada bank BSN Online :
Menurut Belanjawan 2024 yang dikeluarkan daripada Kementerian Kewangan Malaysia, berikut adalah jumlah bantuan STR 2024:
Jumlah Bantuan STR 2024
Berikut adalah jumlah dan kadar bayaran bantuan STR bagi tahun 2024.
Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan
- RM2,500 : 5 Anak Atau Lebih
- RM2,000 : 3 – 4 Anak
- RM1,500 : 1 – 2 Anak
- RM1,000 : Tiada Anak
Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 – RM5,000
- RM1,250 : 5 Anak Atau Lebih
- RM1,000 : 3 – 4 Anak
- RM750 : 1 – 2 Anak
- RM500 : Tiada Anak
Warga Emas Bujang
- RM600
Bujang (Pendapatan durang daripada RM2,500)
- RM350
Untuk info dan maklumat lanjut, sila layari FAQ STR.