Rukun Islam adalah asas dan dasar dalam Agama Islam kepada semua umat Islam. Pendidkan rukun islam dan rukun iman bukan setakat amalan ibadat sahaja, tetapi juga merupakan asas untuk disiplin diri, penyusian jiwa dan kekuatan iman dalam membina masyarakat muslim yang saling membantu dan harmoni.
Rukun Islam Itu Apa?
Dalam Islam, rukun Islam ada 5 perkara yang merupakan asas wajib untuk orang-orang yang beriman.
Sabda Rasulullah, Ibnu Umar r.a berkata :
” Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, Islam dibina atas 5 perkara : Bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah & bahawa Nabi Muhammad utusan Allah. Mendirikan solat, menunaikan zakat, melaksanakan haji dan puasa Ramadhan.”
– Hadis Riwayat Muslim
5 Rukun Islam
Berikut adalah lima perkara dalam rukun Islam :
- Mengucap 2 kalimah syahadah
- Mendirikan solat fardu 5 waktu
- Berpuasa di bulan Ramadhan
- Menunaikan zakat
- Mengerjakan ibadah haji bagi yang mampu
Rukun Islam | Ringkasan Penerangan |
---|---|
Syahadah | Lafaz dua kalimah syahadah sebagai pengakuan keimanan kepada keesaan Allah SWT dan Nabi Muhammad S.A.W |
Solat | Mendirikan solat lima waktu sehari semalam sebagai tiang agama |
Zakat | Pemberian sebahagian harta kepada yang berhak menerimanya sebagai satu bentuk penyucian diri dan harta |
Puasa | Menahan diri daripada makan, minum, dan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit matahari hingga terbenam matahari, pada bulan Ramadhan |
Haji | Menunaikan ibadah haji di Makkah bagi mereka yang mampu melakukannya sekurang-kurangnya sekali seumur hidup |
Sumber : FB Jakim
Baca Juga : Doa Iftitah dalam Solat
Apa Beza Rukun Islam dan Rukun Iman?
Rukun Islam dan Rukun Iman merupakan 2 konsep asas dalam Islam yang membezakan antara amalan ibadat dan akidah asas. Rukun Islam terdiri daripada 5 rukun amalan agama yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam,
Manakala, Rukun Iman pula merujuk kepada 6 asas akidah yang wajib diimani dalam hati iaitu beriman kepada Allah, beriman kepada malaikat, kitab-kitab suci yang diturunkan kepada rasul-rasul, beriman kepada rasul, hari kiamat, dan qada dan qadar (ketetapan Allah).
Secara ringkasnya, Rukun Islam lebih menitikberatkan aspek praktikal ibadah, manakala Rukun Iman lebih kepada aspek akidah dan keyakinan batin.