Umat Islam di Malaysia bersiap sedia untuk menyambut Hari Raya Aidiladha yang dijangka jatuh pada 17 Jun 2024.
Hari Raya Haji, atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Aidil Adha, merupakan salah satu perayaan terbesar umat Islam di seluruh dunia, selain dari Hari Raya Aidilfitri.
Perayaan ini disambut pada hari ke-10, 11, 12, dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Tarikh 10 Zulhijjah tidak hanya penting dalam kalender Islam sebagai Hari Raya Haji, tetapi juga memiliki signifikan sejarah, yang merujuk kepada peristiwa penting seperti penurunan Nabi Adam dan Hawa ke bumi serta perjumpaan di padang Arafah di luar bandar Mekah.
Pengumuman Tarikh Raya Haji 2024
Penetapan Hari Raya Aidiladha akan diumumkan secara rasmi berdasarkan penglihatan anak bulan Zulhijjah.
Tarikh untuk melihat anak bulan Zulhijah selalunya akan dilaksanakan pada 29 Zulkaedah, iaitu 6 Jun 2024. Sepertimana sebelum ini, ditetapkan tarikh untuk hari raya 2024 adalah pada 10 April.
Namun, berdasarkan kalendar Islam yang dikemaskini oleh JAKIM, Hari Raya Haji dijangka jatuh pada 10 Zulhijjah 1445H, bersamaan dengan 17 Jun 2024 Masihi.
Hari Perayaan | Tarikh Miladi | Tarikh Hijri |
Hari Raya Haji/ Aidiladha | 17 Jun 2024 | 10 Zulhijjah 1445 |
Kaedah Melihat Anak Bulan
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dijangka mengumumkan tarikh rasmi berdasarkan rukyah dan hisab. Majlis Raja-Raja telah memutuskan bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Korban adalah berdasarkan pada kaedah tradisional ini.
Dalam menetapkan tarikh tersebut, jawatankuasa yang berkaitan diizinkan untuk melakukan penglihatan anak bulan Zulhijjah pada petang hari di lebih dari 20 lokasi di seluruh negara.
Info Lanjut
Umat Islam di Malaysia menantikan dengan penuh harapan ketibaan Hari Raya Haji pada 17 Jun 2024, yang menandakan kesempurnaan pelaksanaan ibadah haji serta pengorbanan yang dilakukan dalam mengikuti sunnah Nabi Ibrahim.
Dengan adanya info berkaitan tarikh haji ini, anda boleh rancang pakej haji dan umrah anda dengan mudah.
Untuk info lanjut berkaitan dengan tarikh dalam Islam serta persoalan yang berkaitan, anda boleh hubungi Jakim di :
- +03 8870 7000
- +03 8870 7003
- Laman Web Jakim