Pengumuman Hari Raya Aidilfitri – Pegumuman Raya 2024

Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2024 Malaysia dan tarikh hari raya 1445H/ 2024 M akan diumumkan secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja iaitu Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad.

Penetapan untuk tarikh hari raya 1 Syawal 2024 ini adalah tertakluk kepada hasil aktiviti cerapan anak bulan di 29 lokasi berbeza di seluruh negara.

Berikut dikongsikan perisytiharaan hari raya announcement dan tarikh lihat anak bulan syawal.

Bagi mereka yang ingin merantau pulang juah ke kampung halaman, jangan lupa untuk baca doa naik kenderaan dan solat jamak dan qasar.

Pengumuman Hari Raya Aidilfitri

Tarikh lihat anak bulan Syawal 1445H/ 2024 akan diumumkan pada petang hari Selasa iaitu pada 9 April 2024 (Selasa) bersamaan dengan 29 Ramadan 1445H.

Tarikh Raya 2024

Berapa hari lagi raya 2024? Di bawah adalah tarikh jangkaan untuk sambutan hari raya Aidilfitri 2024 :

Pengumuman Raya 2024

Cara Tentukan Hari Raya di Malaysia

Penentuan awal Ramadan dan Hari Raya di Malaysia serta beberapa negara Asia Tenggara dan negara Islam lainnya mengikuti kaedah pencerapan (rukyah) dan pengiraan (hisab).

Kriteria Imkanur Rukyah digunakan untuk menentukan kemungkinan penampakan hilal, dengan tarikh mencerap hilal ditetapkan pada hari ke-29 bulan Hijrah.

Pengumuman tarikh berpuasa dan berhari raya dilakukan oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja setelah menerima laporan dari seluruh negara, dengan perwakilan rasmi melakukan cerapan hilal di lokasi yang ditetapkan.

Jika hilal tidak dapat dilihat, penetapan awal Ramadan dan Hari Raya akan bergantung pada hisab. Meskipun ada perbezaan dalam penetapan antara negara-negara, sebagai warga negara, patuh pada penetapan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa (Ulul Amri) adalah kewajiban.

Ayat Pengumuman Raya 2024 LIVE

Anda boleh menonton siaran pengumuman hari raya secara LIVE di siaran utama TV1, TV3 dan bernama pada jam 8 malam.

Ikut link berikut :

Selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Leave a Comment