Setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan, umat Islam boleh mengerjakan Puasa Sunat Enam. Berikut adalah tata cara, niat puasa 6 Syawal dan kelebihannya.
Antara keistimewaan puasa sunat 6 syawal ini, menurut hadis, sesiapa yang berpuasa 30 hari di bulan ramadhan, dan 6 hari lepas bulan ramadhan maka seolah-olahnya seseorang itu berpuasa selama setahun.
Niat Puasa 6 Syawal Rumi & Jawi
Berikut adalah lafaz niat puasa 6 bulan syawal
نَوَيْتُ صَوْمَ سِتَّةِ أَيَّامٍ مِنْ شَهْرِ شَوَّالٍ لِلَّهِ تَعَالَى
Rumi : Nawaitu sauman sittati ayyamin min shahri Syawwalin lillahi ta’ala.”
Maksud : Sahaja aku berniat puasa esok hari enam hari Syawal kerana Allah Taala
Gabung Puasa 6 dan Puasa Qadha (Puasa Ganti) Serentak
Apakah hukum gabungkan puasa enam Syawal dengan puasa ganti?
Menurut Fuqaha Mazhab Syafi’e :
- Hukumnya harus gabungkan antara puasa wajib seperti puasa ganti (qada’) ramadan, kaffarah dan nazar dengan puasa sunat.
- Hukumnya juga harus jika digabungkan puasa qada’ Ramadhan dengan puasa sunat 6 syawal
- Namun, ganjaran atau pahala puasa yang diperolehi kurang sempurna mengikut mazhab Syafi’e, ianya lebih afdhal dikerjakan pada hari berlainan.
Sumber : Mufti Wilayah Persekutuan
Niat Gabung Puasa 6 & Puasa Ganti (Qada’)
Niat : Sahaja aku berniat puasa pada esok hari qada’ fardhu Ramadhan bersama puasa sunat 6 hari Syawal kerana Allah Taala.
Niat Puasa Ganti
Untuk niat qadha’ (ganti) puasa ramadan adalah seperto berikut :
نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى
RUMI : NAWAITU SAUMA GHADIN ‘AN QADHA’I FARDI RAMADHANA LILLAAHI TA’ALA.
MAKSUD : “Saya berniat berpuasa besok dari mengqadha’ fardu ramadan Lillaahi Ta’ala.”
Kelebihan Puasa 6
Banyak kelebihan dan keistimewaan berpuasa 6 pada bulan Syawal ini, antaranya ialah puasa sunat ini akan menggenapkan ganjaran berpuasa setahun penuh.
Selain itu, mengerjakan puasa sunat enam ini adalah sebagai tanda bersyukur kepada Allah SWT dan menandakan bahawa ibadahnya berterusan, istiqomah dan bukan bermusim setelah berpuasa selama sebulan dan membayar zakat fitrah.