MyCPD 2.0 : Login & Daftar

Sistem MyCPD atau dikenali sebagai Continuing Professional Development telah diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kemudahan setiap pekerja.

Apa Itu MyCPD

MyCPD ialah satu program pembelajaran berterusan yang sistematik yang bertujuan untuk menyumbang kepada pertambahan kemahiran, ilmu pengetahuan dan pengalaman untuk setiap pegawai dalam bidang masing-masing.

Melalui sistem MyCPD KKM 2.0 ini, staf KKM akan dapat menguruskan mata CPD dengan lebih senang dan sistematik dengan mengikuti seminar, kursus dan latihan yang menawarkan mata CPD tersebut secara tidak langsung ianya menggalakkan setiap staf KKM berusaha untuk tambah ilmu dan kemahiran dalam bidang masing-masing.

Cara Daftar MyCPD

Untuk proses pendaftaran, anda perlu ikut langkah-langkah seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyCPD di https://www.mycpd2.moh.gov.my/
  2. Tekan “Register”
  3. Pilih 4 kategori berikut : Daftar Pengguna (Sektor Awam), Daftar Pengguna (Sektor Swasta), Daftar Provider (Sektor Awam), Daftar Provider (Sektor Swasta)
  4. Sila isi setiap maklumat yang diperlukan dalam Borang Pendaftaran Pengguna Baru”
  5. Tekan butang hantar

Kepentingan Nilai Tambah CPD

Mata CPD adalah penting kerana:

1. Pembaharuan APC (Annual Practicing Certificate) / Sijil Amalan Tahunan) setiap tahun.
2. Latihan tujuh hari bagi penjawat awam atau 40 mata kredit kumulatif setahun untuk pengguna myCPD KKM.
3. Pembaharuan pendaftaran dalam NSR mulai 2023.
4. KPI untuk kualiti dan kompetensi pengguna, penceramah, dan penganjuran aktiviti CPD.
5. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
6. Pembangunan kerjaya dalam profesion.

Maklumat Lanjut

Jika tedapat masalah pendaftaran dan login, sila hubungi unit CPD di talian berikut : mailto:mycpd@moh.gov.my

Leave a Comment