Cara link IC MyKad dengan TnG eWallet

Link IC Mykad dengan TnG eWallet melalui beberapa langkah mudah. Tahukah anda bahawa IC Malaysia jenis MyKad dilengkapi dengan ciri Touch N Go (TnG) yang kini bukan sahaja boleh digunakan untuk membayar tol, membayar parking, membeli barang dan pelbagai lagi. Dengan adanya akaun online TnG eWallet, anda juga boleh menambah nilai dan check baki; ciri ini memudahkan pengguna kad TnG untuk menambah baki dan periksa baki tanpa perlu keluar ke kedai untuk tambah nilai. Tambahan pula, tambah dinilai di tol-tol lebuhraya telah ditamatkan.

Apakah itu TnG eWallet?

Ringkasnya saya huraikan tentang TnG eWallet.

  1. Kad Touch n Go dari Watson, Kad Touch n Go biasa dan MyKad yang mempunyai ciri Touch n Go mempunyai fungsi yang sama, yakni oleh digunakan untuk membayar tol, parking, membeli belah di kedai yang mempunyai mesin pengimbas melalui kaeadan “scan” atau mengimbas kad tersebut.
  2. Manakala TnG eWallet adalah sebuah akaun perbankan online eWallet dibawah syarikat Touch n Go. Yang boleh dicipta oleh sesiapa pun melalui applikasi telefon pintar anda walaupun anda tidak mempunyai sebarang kad Touch n Go. Ianya akaun online yang digelar sebagai Touch n Go eWallet, melalui akaun ini anda oleh membuat pelbagai perkara yang sangat memudahkan urusan kewangan anda di zaman kini, khususnya dalam Malaysia.
  3. Sungguhpun akaun online TnG eWallet boleh dicipta tanpa memerlukan kita memiliki sebarang kad Touch n Go, namun antara ciri popular dan sangat berguna apabila memiliki akaun TnG eWallet ialah boleh link kan MyKad (IC) dan kad Touch n Go lainnya seberapa banyak di akaun TnG eWallet ini. Setelah “me-link-kan” IC MyKad atau kad Touch n Go ini dengan akaun TnG eWallet kita, maka dengan itu kita boleh menambah nilai kad-kad terseut tanpa perlu pergi ke kaunter-kaunter secara manual. Tidak perlu lagi ke kedai 99 Speedmart, 7 Eleven, mesin pelayan diri; hanya tambah nilai melalui telefon pintar dengan akaun TnG eWallet anda di mana jua dengan mudah. Selain itu anda boleh memeriksa baki dan menyemak transaksi melalui akaun online TnG eWallet ini.
  4. Sangat memudahakan di kehidupan masa kini.

Cara link IC MyKad anda dengan akaun online TnG eWallet

  1. Terlebih dahulu semak di belakang IC MyKad anda, sekiranya ada logo Touch n Go dan logo angka chip. Sekurangnya chip 64K atau keatas, sekiranya angka chip anda 64K atau keatas dan didapati MyKad anda memiliki logo Touch n Go maka MyKad anda layak untuk ke langkah seterusnya. Sekiranya tidak, anda boleh ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berdekatan untuk memohon naik taraf MyKad anda.
  2. Tambah nilai MyKad anda secara manual di mana-mana kaunter yang boleh menambah nilai Touch n Go MyKad anda dengan kaedah mengimbas kad tersebut di peranti pengimbas Touch n Go; biasanya kaedah tambah nilai dengan kaedah mengimbas kad Touch n Go ini boleh kita dapati di kedai Supermarket seperti 7 Eleven, 99 Speedmart, KK Mart dan station minyak seperti Petronas, Petron dan Shell.
  3. Jangan lupa minta resit pengesahan tambah nilai telah berjaya yang dikeluarkan dari peranti pengimbas Touch n Go ini (bukan resit pembayaran kepada Cashier).
  4. Melalui resit tersebut, sila cari Serial Numer atau Mfg number yang anda akan gunakan di langkah seterus. Number ini diperlukan untuk link IC MyKad anda ke akaun online TnG eWallet di langkah seterusnya. Untuk rujukan mudah sila klik link Cara dapatkan Serial Number TnG di IC ini, kemudian kembali ke page ini untuk langkah seterusnya.
  5. Muat-turun aplikasi Touch n Go eWallet di telefon pintar anda. Kemudian daftar, log masuk dan verifikasi/sahkan akaun TnG eWallet anda untuk mengaktifkannya.
  6. Serial atau Mfg number kad anda sudah ada dengan anda? Jika ya, buka Aplikasi TnG eWallet anda. Seterusnya ikuti tutorial melalui info grafik di bawah step by step.
Add new TnG Card
Sudah install aplikasi TnG eWallet di Telefon Pintar anda? Daftar dan sahkan akaun. Kemudian klik “TnG Card” seperti yang di tunjukkan pada gambar ini.

 

Add New Card
Klik tambah kad atau Add New Card

 

field-masukkan-serial-mfg-number-ic
Masukkan Serial atau Mfg number Touch n Go IC Mykad anda yang anda boleh dapati tiket resit selepas tambah nilai TnG MyKad anda. Manakala Preferred Card Name, anda boleh namakan sebagai IC si Polan, supaya anda boleh mengenalpasti banyak kad-kad Touch N Go di akaun TnG eWallet anda kelak.

Selesai. Ulang langkah ini jika anda ingin link kan kad Touch n Go anda yang lainnya di akaun eWallet yang sama untuk pelbagai kemudahan kad tersebut.

Kongsi perkongsian berguna ini kepada rakan dan saudara anda untuk kesenangan bersama.

Leave a Comment