Ayuh rebut ganjaran 10 malam terakhir Ramadan iaitu Lailatul Qadar 2024. Amalkan doa-doa, ibadah dan sunah ketika malam laylatul qadar, banyak keistimewaan dan ganjaran pahala yang berganda.
Daripada Saidatina Aisyah RA, beliau bertanya kepada Nabi Muhammad SAW : “Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam lailatulqadar, maka apa yang patut aku ucapkan. Nabi Muhammad SAW bersabda :
Keistimewaan Malam Lailatul Qadr
Malam yang mempunyai banyak keistimewaan dan malam yang penuh rahmat hanya boleh dijumpai sekali sahaja setahun, berikut adalah keistimewaan malam tersebut :
- Waktu diturunkan Al-Quran
- Malam penuh keberkatan
- Amalan pada malam tersebut lebih baik dari 1000 bulan
- Turunnya para malaikat dan Jibril
- Malam kesejahteraan
- Diampunkan dosa
- Dicatatkan takdir tahunan
Tanda-tanda Malam Lailatul Qadar
Apa yang berlaku pada malam lailatul qadar? Banyak hadis dan khabaran dari orang-orang soleh telah membincangkan tanda-tanda seperti :
- Malam Lailatulqadar terang dan nyaman, tidak hujan
- Matahari terang dan tidak panas
- Malam cerah bagaikan ada bulan bersinar
- Udara sejuk dan tenang
Doa Malam Lailatul Qadar
Rasulullah menganjurkan untuk semua umat Islam memperbanyakkan tata cara baca doa lailatul qadr sambil beritikaf dalam masjid.
Antara doa khusus Lailatul Qadar :
اللَّـهُـمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُـحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Rumi : Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii
Maksud : “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.”
Doa ini Rasulullah ajarkan kepada Saidatina Aisyah supaya memohon keampunan dari Allah SWT.
Doa Memohon Keampunan
اللَّهُمَّ إنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا، ولَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إلَّا أنْتَ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِي، إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Maksud : “Ya Allah! Sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak, sedangkan tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa ku kecuali Engkau. Maka ampunilah aku dengan suatu pengampunan dari sisi Mu, dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Doa Minta Kemudahan
اللَّهُمَّ لَا سَهْلَ إِلاَّ ما جَعَلْتَهُ سَهْلاً، وأنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إذَا شِئْتَ سَهْلاً
Maksud : “Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu jika Engkau kehendaki dengan kemudahan.”
Doa Agar Diperbaiki Diri
يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ ، أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ
Maksud : “Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Maha Berdiri Sendiri, dengan rahmat Mu aku memohon pertolongan, perbaikilah urusanku semuanya dan janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku sendiri walau sekelip mata.”
Sumber : Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Ibadah & Amalan Sunat
Setiap amalan yang dikerjakan akan digandakan 1000 kali ganda. Maka ayuhlah kita bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah dan amalan sunat ini.
- Solat Malam (Qiamullail) seperti solat tahajud, solat taubat, solat witir
- Iktikaf di masjid
- Solat fardhu secara berjemaah
- Memohon keampunan
Penutup
Kesimpulannya, kita perlu memperbanyakkan ibadah dan sentiasa berdoa kepada Allah dalam apa jua keadaan. Lebih-lebih lagi pada sepuluh hari terakhir Ramadhan kerana ada peristiwa malam yang istimewa.
Akhir kata, semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik kepada kita agar segala ibadah kita dapat dilaksanakan dengan sempurna sepanjang bulan Ramadhan yang masih berbaki ini, dan semoga Allah SWT mempertemukan kita di Malam Qadar. Amin.