Innalillahiwainnailaihirojiun إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Jawi dan Maksud

Apakah maksud ayat Innalillahiwainnailaihirojiun atau bahasa arabnya إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ maksud, terjemahan dan bila waktu yang seusai untuk ucapkannya? Semua itu akan dihuraikan dalam artikel ini.

Dan untuk pengetahuan anda, salam takziah ini merupakan ayat Al-Quran daripada Surah al-Baqarah pada ayat 156 juga dikenali sebagai Lafaz Istirja’.

Maksud Innalillahiwainnailaihirojiun

Ungkapan “Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un” atau Bahasa Arab: إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ atau Istirja (Bahasa Arab: إِسْتِرْجَاعَ) adalah dalam al-Quran surah kedua. Maksudnya “Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali.”

Lazimnya, megucap lafaz takziah ini ketika dalam kesusahan sebagai tanda kesabaran dan pengakuan bahawa Allah itu Maha Berkuasa, tidak akan menguji hamba-Nya di luar batas kemampuan mereka. Ia juga biasa digunakan apabila menerima berita kematian seseorang

Berikut adalah maksud ucapan untuk setiap perkataan :

  • Inna: Sesungguhnya, benar-benar, pasti, atau sungguh ‘kita’
  • Lillahi: Kami milik Tuhan Yang Maha Kuasa
  • Wa Inna: Dan sesungguhnya kami
  • Ilayhi: KepadaNya
  • Raji’un: Akan kembali

Bila Perlu Ucap إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Ungkapan “Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un” lazimnya diucapkan dalam pelbagai situasi terutama ketika umat Islam menghadapi kesulitan atau mendengar berita kematian seseorang.

Berikut adalah beberapa situasi biasa di mana frasa ini diucapkan:

  • Dalam Masa Bermasalah
  • Apabila Mendengar Berita Kematian
  • Semasa Solat Jenazah
  • Apabila Membuat Kesilapan atau Mengalami Kehilangan

Secara keseluruhannya, sebagai umat Islam kita hendaklah bersabar dengan segala ujian yang menimpa kita sama ada musibah yang kecil atau yang besar, maka disunnahkan untuk mengucap kalimah istirja’ atau ucapan takziah ketika ditimpa ujian dan juga ujian hidup.

Oleh itu, jika seorang muslim meninggal dunia, kita disunatkan mengucap takziah dan ucapan istirja’ Innalillahiwainnailaihirojiun ini atau baca al-fatihah. Dibolehkan juga melafazkannya jika mati orang kafir, atau mati haiwan ternakan kita, maka kalimah ini kita lafazkan sebagai peringatan dan juga muhasabah diri terhadap kekuasaan Allah S.W.T dan juga keyakinan bahawa semua makhluk adalah milik Allah S.W.T.

Maksud Innalillahiwainnailaihirojiun jawi

Lafaz Takziah bagi muslim yang meninggal dunia :

إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Semoga Allah SWT ampunkan segala dosa arwa. Semoga Allah terima segala amalan beliau dan mengangkat darjatnya disisi Allah. Semoga pemergian beliau menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia. Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solihin.

Hikmah Ucapkan Innalillahi WaInnailaihi Rojiun

Ungkapan ini mengandungi makna yang mendalam dalam Islam. Ia mengingatkan umat Islam bahawa Allah SWT adalah sumber segala-galanya, termasuk hidup dan mati, dan akhirnya, kita semua akan kembali kepada-Nya.

Antara hikmahnya :

  • Kepercayaan Kepada Takdir
  • Takziah dan Sabar
  • Peringatan Akhirat
  • Mengingatkan tentang Tanggungjawab
  • Menghadapi Kehilangan dengan Ketenangan

Jadi, ungkapan ini bukan sahaja perkataan biasa, tetapi ia juga mengandungi pelbagai makna dan nilai yang penting dalam Islam.

Kesimpulannya

Di penghujung kalam ini, kita berdoa agar Allah mengurniakan husnul khotimah (pengakhiran yang baik) dalam hidup ini, semoga Allah S.W.T tetapkan iman kita, kuatkan pendirian dan juga tabah dalam Islam.

Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita, insyaAllah.

Leave a Comment