Hari Raya 2024 Malaysia. Pengumuman Hari Raya Aidilfitri yang akan dibuat oleh Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad, Penyimpan Mohon Besar Raja-raja untuk tarikh hari raya 1 Syawal 2024.
Tarikh Hari Raya 2024
Penetapan tarikh aidilfitri adalah tertakluk kepada hasil cerapan aktiviti anak bulan di 29 lokasi berbeza di seluruh negara.
Berapa hari lagi raya? Berikut adalah tarikh jangkaan untuk sambutan Hari Raya 2024 :
- 10 April 2024 (Rabu) – Hari Raya Aidilfitri 2024
- 11 April 2024 (Khamis) – Hari Raya ke 2
Penetapan tarikh sambutan hari raya aidilfitri tersebut adalah untuk semua negeri di Malaysia.
Tarikh lihat anak bulan pula ditetapkan pada 9 April 2024 hari Selasa.
Cuti Sekolah Hari Raya Aidilfitri 2024
Untuk cuti sekolah (public holiday) tahun 2024 bagi sambutan hari raya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan cuti sekolah dan cuti tambahan bagi Kumpulan A dan Kumpulan B.
Kumpulan A
Untuk sekolah-sekolah di negeri Johor, Kelantan, Kedah dan Terengganu :
- 7 April 2024 – Ahad
- 8 April 2024 – Isnin
- 9 April 2024 – Selasa
Kumpulan B
Untuk sekolah-sekolah selain daripada kumpulan A :
- 8 April 2024 – Isnin
- 9 April 2024 – Selasa
- 12 April 2024 – Jumaat
Ucapan Selamat Hari Raya
Nak bagi ucapan selamat hari raya 2024 kepada keluarga, rakan-rakan, sanak saudara dan kenalan anda? Boleh copy paste ayat sambutan hari raya dalam bahasa Melayu yang menarik di bawah :
- Selamat Hari Raya Aidilfitri! Semoga hari raya anda dipenuhi dengan kebahagiaan dan kasih sayang dari orang yang tercinta. Maafkan segala kesilapan dan khilaf dari saya, dan semoga hubungan kita semakin erat.
- Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin! Di hari yang mulia ini, semoga semua amalan kita diberkati Allah. Dan semoga kita termasuk dalam golongan orang-orang yang sentiasa bersyukur.
- Taqabbalallahu minna wa minkum salam Eid Mubarak dari kami sekeluarga.
- Salam Aidilfitri! Saya menyusun sepuluh jari ingin memohon maaf sekiranya ada tersilap kata, tersalah laku yang tidak disengajakan.
- Salam Aidilfitri 2024/ 1445H. Semoga Syawal tahun ini lebih bererti dan membawa kebahagian untuk anda sekeluarga.
- Raya Mode : ON! Semoga kita semua menjadi versi yang paling terbaik dalam diri kita untuk tahun ini. Selamat Hari Raya!
Semoga sambutan untuk tahun ini penuh dengan kegembiraan dan kemeriahan buat anda sekeluarga setelah sebulan berpuasa. Jangan lupa untuk amalkan puasa 6 Syawal, Banyak keberkatan dan ganjaran pahala yang anda akan perolehi.