JAKIM : Doa Naik Kenderaan Rumi Dan Jawi RINGKAS

Doa naik kenderaan sebelum dan ketika menaiki kenderaan dalam rumi, jawi dan bahasa melayu. Dalam artikel ini juga disiarkan doa menaiki kenderaan laut dan udara (kapal terbang). Semoga bermanfaat untuk mereka yang ingin bermusafir dan menempuh perjalanan yang jauh.

Jangan lupa untuk doakan saudara-saudara kita di Palestn dengan baca Doa Qunut Nazilah.

Doa Naik Kenderaan Rumi & Jawi

Jawi :

doa naik kenderaan jawi

سُبْحَنَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبَّنَا لَمُنقَلِبُونَ

Rumi :

Subhana-alladhi sakh-khara la-na hadha wa ma kunna la-hu muqrinin. Wa inna ila Rabbi-na la munqalibuun

Maksud (Bahasa Melayu) :

Segala puji bagi Allah, Maha suci tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami,sedang kami sebelum ini tidak terdaya menguasainya.

Sumber : FB JAKIM

Doa Naik Kenderaan Laut & Udara

Bagi mereka yang ingin menaiki kenderaan laut dan udara seperti kapal terbang, anda boleh baca doa berikut supaya selamat sampai ke destinasi yang ingin dituju :

doa naik kapal terbang

Doa Naik Kapal Terbang

Adab & Sunnah Bermusafir

Berikut adalah amalan sunnah dan adab yang harus diamalkan ketika bermusafir:

  1. Membaca doa sebelum naik kenderaan.
  2. Memberi keutamaan kepada orang yang lebih memerlukan.
  3. Menghormati orang lain di sekeliling.
  4. Menjaga kebersihan persekitaran.
  5. Bersabar dan mengelakkan daripada mengeluarkan kata-kata yang negatif.
  6. Melakukan banyak zikir dan selawat semasa dalam perjalanan.
  7. Mematuhi peraturan jalan raya – mematuhi had laju dan menghormati pemandu lain.
  8. Mengelakkan daripada berebut-rebut semasa menaiki kenderaan.
  9. Tidak membawa muatan yang melebihi kapasiti kenderaan.
  10. Mengelakkan daripada menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Semoga bermanfaat buat anda.

Leave a Comment