Doa Iftitah – Makna Dan Cara Bacaan Dalam Solat

Bacaan Doa Iftitah dalam solat ringkas dalam rumi, jawi dan maksud yang lengkap ada dalam artikel yang bermanfaat ini sumber daripada JAKIM.

Doa Iftitah tidak terdapat dalam rukun solat fardhu, namun hukumnya sunat yang amat digalakkan seperti doa Qunut.

Makna Doa Iftitah

Apa itu Doa Iftitah? Doa ini merupakan pembuka doa yang dibaca pada rakaat pertama dalam setiap solat fardhu serta solat sunat tertentu.

Ianya tidak wajib dilakukan, hukumnya adalah sunat. Dan ianya merupakan sunnah Rasulullah dan sebuah bentuk doa pujian yang mengagungkan Allah SWT.

Sekumpulan ulama menyatakan bahawa doa ini hanyalah sunat dan tidak membatalkan solat jika tidak membacanya.

Cara Bacaan Doa Iftitah Dalam Solat

Selepas angkat takbiratul ihram pada rakaat pertama, bacalah doa iftitah ini.

Berikut adalah makna dan maksud bacaan doa iftitah dalam bahasa jawi arab dan rumi :

اَللهُ اَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلّهِ كَثِيْرًا

Allaahu akbar kabiraa walhamdulillaahi katsiiraa

Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang.

وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَاَصِيْلًا وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَالسَّمَاوَاتِ وَالْاَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا اَنَا مِنَ الْمُشْرِكِيْن

wa subhaanallaahi bukratan wa’ashiilaa wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas samaawaati wal ardha haniifan musliman wa maa anaa minal musyrikiin.

Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam.

Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan.

اِنَّ صَلَاتِيْ وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِيْ لِلّهِ رَبِّ الْعَا لَمِيْنَ

Inna shalaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi rabbil ‘aalamiin.

Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya.

لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ اُمِرْتُ وَاَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa ana minal muslimiin

Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.

Bacaan doa iftitah dalam solat

Sumber dari FB Jakim

Doa Iftitah Dalam Solat Sunat

Apakah hukum membaca doa iftitah dalam solat sunat?

Menurut jawapan daripada Mufti Wilayah Persekutuan, hukum baca doa iftitah dalam solat wajib mahupun solat-solat sunat lain seperti solat taubat, solat tahajud, solat witir dan lain-lain adalah sunat.

Sepertimana yang telah dinyatakan oleh Imam AlNawawi :

واعلم أن هذه الأذكار مستحبّة في الفريضة والنافلة
“Ketahuilah bahwa semua doa-doa ini (pelbagai versi doa iftitah dalam hadis) hukumnya sunat dalam solat wajib mahupun solat sunat.” (Lihat al-Azkar, 1/107).

Semoga info dan penjelasan ini memberikan manfaat dan ilmu kefahaman yang mudah untuk menyempurnakan amalan dan ibadah solat umat Islam. Wallahua’alam.

Leave a Comment