- Serial number TnG IC MydKad dan kad Touch n Go lain anda diperlukan untuk me-link-kan kad-kad tersebut ke akaun TnG eWallet online, yakni sebuah akaun online Touch n Go.
- Sebagai info Serial number ini juga dikenali dengan nama lain yakni, Mfg Number.
- Akaun TnG eWallet yang anda install melalui aplikasi telefon pintar anda mempunya pelagai kelebihan. Antaranya
A) boleh ditambah nilai memalui tiket topup yang anda beli melalui 7 Eleven, KK Mart, 99 Speedmart, Petronas dan lainnya kedai sebagaimana anda membeli tiket tambah nilai rangkaian telefon mudah alih anda. Dengan cara ini kenalan anda boleh mengirim wang kepada anda hanya dengan semudah menhantar pin tiket tersebut.
B) Menghantar wang baki ke akaun lain, tambah nilai kad Touch n Go anda hanya menggunakan perbankan online tanpa perlu ke kedai, dan banyak lagi. - Ikuti panduan mendapatkan Serial Numer atau MFG Number Touch n Go Kad Pengenalan (IC) dibawah.
Panduan mendapatkan serial MFG Serial number TnG pada IC anda
- Untuk kad Touch n Go biasa (bukan IC MyKad), anda boleh dapatkan serial atau Mfg number ini dibahagian belakang kad itu sendiri. Namun jika ianya telah pudar, rosak atau tidak kelihatan jelas, anda boleh gunakan langkah dibawah ini juga.
- Tambah nilai Touch n Go IC anda di mana-mana kaunter yang ada kaedah tambah nilai secara direct. Kebiasaannya terdapat di 7 Eleven dan KK Mart.
- Kemudian jangan lupa minta resit tambah nilai tersebut.
- Melalui resit tersebut, cari bahagaian Serial Number atau MFG number. Maka number inilah yang anda cari. Kerana number ini diperlukan untuk melinkkan kad TnG anda atau IC anda ke TnG eWallet.
- Selamat mencuba.
Secara logiknya, ebagai rakyat Malaysia kita sentiasa membaca IC MyKad kemana-mana tujuan. Manakala kad Touch N Go selalunya di tinggalkan untuk kegunaan kereta. Oleh kerana Touch N Go kini boleh digunakan untuk membayar banyak perkara, MyKad anda tersebut ada banyak gunanya termasuk dalam urusan pembayaran.