Pada bulan September 2024, senarai penerima Bantuan MyKAD RM100 telah diumumkan. Jangan lepaskan peluang ini untuk menyemak sama ada nama anda tersenarai sebagai penerima bantuan tersebut.
Jumlah Peruntukan Bantuan MyKAD RM100 September 2024
Pada tahun ini, jumlah peruntukan bagi Bantuan MyKAD RM100 telah meningkat lima kali ganda kepada RM700 juta, melibatkan lebih 700,000 penerima berbanding jumlah sebelumnya, iaitu RM103 juta untuk 210,000 penerima sahaja.
Mohon juga bantuan tunai tambahan STR untuk September ini.
Tarikh Kredit Bantuan MyKAD RM100 September 2024
Kerajaan akan mengkreditkan bantuan ini secara berperingkat mulai 1 September 2024 (Ahad) sehingga akhir bulan ini. Ini kerana bilangan penerima yang layak mencecah 700,000 orang.
Manfaat Penerima Bantuan MyKAD RM100 September 2024
- Bantuan MyKAD boleh digunakan untuk membeli barang dapur, barang sekolah anak, dan ubat-ubatan.
- Bantuan ini boleh digunakan di 600 kedai terpilih di seluruh Malaysia.
- Penggunaan yang mudah (tanpa tunai) seperti kad bank.
- Baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya.
- Had pembelian sehingga RM1,200 setahun.
Tempoh Sah Laku Bantuan MyKAD RM100 September 2024
Bantuan MyKAD bernilai RM100 yang diberikan pada bulan September boleh digunakan sehingga akhir bulan Disember 2024. Sekiranya tidak digunakan, baki tersebut akan dibawa ke bulan seterusnya bersama dengan bantuan yang baru.
Cara Semak Senarai Nama Penerima Bantuan MyKAD RM100 September 2024
Ikuti langkah-langkah berikut untuk menyemak senarai nama penerima Bantuan MyKAD RM100 bagi bulan September:
- Layari laman rasmi semakan di sini: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Bahagian ‘Semakan’ akan dipaparkan.
- Klik pada ruangan [Nombor MyKad*].
- Isikan nombor kad pengenalan (contoh: 710230114567).
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Nama penerima bulan September akan dipaparkan.
Rujukan
Segala maklumat yang dikongsikan di atas dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk kepada pihak berwajib seperti berikut:
- Talian Bantuan: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel: info@mykasih.com
Penafian
Artikel ini bertujuan untuk berkongsi maklumat terkini tentang bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri. Pihak kami tidak meminta sebarang maklumat peribadi daripada pelawat dan tidak mengenakan sebarang bayaran untuk informasi yang dikongsikan ini. Segala maklumat adalah dirujuk daripada sumber rasmi.
Artikel ini dirujuk berdasarkan Portal Rasmi dari: https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.