Permohonan Bantuan kanak-kanak 2024 JKM Online. Semakan bantuan kanak-kanak ebantuan daripada Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) dengan kadar bantuan RM1000 sebulan (maksimum) boleh dimohon untuk B40 yang layak.
Nak mohon bantuan lain, mohon bantuan bujang 2024 semak di sini.
Tujuan Bantuan Kanak kanak
Objektif bantuan ini diwujudkan adalah kerana :
- Membantu keluarga atau penjaga kanak-kanak yang kurang berkemampuan agar kanak-kanak dapat terus hidup bersama keluarga dengan pertumbuhan dan perkembangan yang baik.
- Membina dan mengukuhkan institusi keluarga dalam memberikan perhatian dan kasih sayang yang baik kepada kanak-kanak.
Kadar & Jumlah Bantuan
Bantuan ini berjumlah antara RM150 hingga RM1000 sebulan bagi setiap individu, mengikut kategori berikut:
- RM200 untuk setiap anak di bawah usia 6 tahun.
- RM150 untuk setiap anak berusia 7 hingga 18 tahun.
- Bantuan maksimum sebanyak RM1000 sebulan untuk setiap keluarga.
Syarat Kelayakan
Untuk mohon bantuan online ini, berikut adalah syarat dan kriteria kelayakan khusus:
- Warganegara Malaysia atau penduduk tetap.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Garis Kemiskinan Purata (PGK) semasa.
- Kanak-kanak di bawah 18 tahun atau yang berusia 18 tahun ke atas jika masih bersekolah menengah atas.
- Pelaksanaan bantuan ini mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia, di bawah bidang kuasa bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
Cara Permohonan Bantuan Kanak-Kanak
Permohonan bantuan JKM ini boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian.
Setiap permohonan akan disiasat untuk menilai kelayakan pemohon. Dokumen sokongan seperti kad pengenalan, sijil kelahiran, penyata gaji, dan lain-lain perlu dibawa semasa mengemukakan permohonan.
Penyampaian bantuan adalah berdasarkan kelayakan pemohon.
Borang Permohonan
Sila bawa bersama borang permohonan beserta dengan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan :
Info Lanjut
Bantuan ini bertujuan untuk memberikan sokongan kepada keluarga yang memerlukan agar mereka dapat menjaga anak-anak dengan baik.
Melalui proses permohonan yang adil dan saksama, diharapkan bantuan ini dapat memberikan bantuan yang berkesan kepada mereka yang benar-benar memerlukannya, menjadikan mereka lebih mampu untuk menguruskan kehidupan keluarga dan mewujudkan masa depan yang lebih cerah bagi generasi akan datang.
Info dan pertanyaan lanjut sila layari website : https://www.jkm.gov.my/