Bantuan MySARA RM1200 : Semakan MyKasih 2024

MyKASIH Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (MySARA) ialah bantuan tambahan kepada penerima STR Sumbangan Tunai Rahmah yang tergolong dalam kategori miskin tegar dalam data eKasih.

Untuk tahun 2024, kerajaan Madani telah menambahbaik bantuan ini dengan menaikkan jumlah bantuan kepada RM1200 setahun, iaitu RM100 sebulan kepada penerima yang layak.

Tarikh Bantuan MySara

Penerima yang layak menerima bantuan ini akan dapat jumlah bantuan sebanyak RM100/ RM50 sebulan melalui MyKad masing-masing.

Bayaran akan diterima dalam akaun MyKad pada 1hb setiap bulan bermula pada tahun 2024.

Tarikh bayaran bantuan mysara

Cara Mohon MySARA

Untuk pengetahuan anda, tiada borang permohonan yang perlu diisi. Ini kerana kelayakan bantuan SARA ini adalah secara automatik. Data penerima adalah berdasarkan dalam sistem eKasih Pangkalan Data Kemiskinan Nasional  yang telah melepasi STR 2024 pada 31 Oktober 2023.

Jika data anda tidak ada dalam sistem, sila daftar ekasih dengan hadirkan diri anda ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) berdekatan.

Anda juga boleh buat semakan STR untuk ketahui kelayakan status bantuan anda.

Semakan MySara

  1. Pergi ke portal rasmi : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
  2. Masukkan Nombor MyKad dan tekan Semakan Status

Cara Tebus

Untuk tebus bantuan ini, anda boleh pergi ke kedai runcit yang berdekatan (yang telah berdaftar dengan kerajaan untuk MySARA) seperti MyDin, Econsave, 99 Speedmart, Tesco dan banyak lagi. Lihat pautan senarai kedai yang boleh ditebus bantuan MySara.

Barangan asas mysara

  1. Pilih barangan asas yang anda mahu beli (ada label MyKasih) seperti beras, telur, roti, sardin, minyak masak.
  2. Tunjukkan MyKad pada juruwang untuk proses pengesahan dan pembayaran
  3. Sila masukkan PIN 6 digit untuk pengesahan

Cara tebus mysara

Semak Baki MyKad

Anda boleh lihat baki dalam akaun MyKad anda dengan semak di portal rasmi MyKasih di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus

Masukkan nombor MyKad dan tekan Semakan Status.

Tarikh luput untuk tebus bantuan Mykad adalah pada 31 Disember 2024.

Info Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai bantuan ini, sila hubungi pihak berkenaan di talian berikut :

Leave a Comment